BAB 5
JIMI
hanya menala pandangannya ke tengah gelanggang sparring sambil mulutnya
terkumat-kamit menyanyi lagu dari headphone-nya. Lagu Linkin Park Powerless
sedang menjerit disebalik headphone Sony. Matanya tak lepas memerhatikan
perlawanan antara UITM Shah Alam dan UITM SriIskandar. Kategori 46-50 kg lelaki
pro. Hmmm boleh tahan rancak!
Dia menilik jam ditangan. Ada lagi
satu jam sebelum gilirannya beraksi. Dia bangun dari kerusi.
“WEH
! Jimi mana Jimi ?” Syafiq bertanya kepada Farhan. Sibuk bebeno dia gamaknya
mencari anak-anak buahnya. Almaklumlah, ketua pasukanlah katakan.
Farhan yang sedang membuka kasut turut
melingas mencari kelibat Jimi. Mananya lahai budak ni dah lesap ? Tak padan
dengan sakit langsung!
“Tu ha!” Ba’i menunjuk ke arah Jimi
yang sedang lenggang berjalan menuju ke arah kelompok mereka sambil membawa beg
sukan yang tersangkut di bahu kiri dengan headphone Sony-nya.
“Weh mangkuk ! Tak tahu ke lepas ni
turn kau ?” Ba’i ni pun , belum apa-apa lagi dah bagi aku mangkuk
bermangkuk-mangkuk siap-siap.
Syafiq meluku Ba’i. Mencerun matanya
memandang. Bahasa!!
Jimi hanya tersengih dipinggir
bibir. “Bagilah salam dulu kalau ya pun. Mangkuk,mangkuk, kau tu mangkuk ayun
ayan. Sedap je cakap aku ni mangkuk.” Jimi meletak beg sukannya ke lantai
sambil dia membuka kasut Nike-nya. Stokin hijau, macam biasa dilucut dari kaki
dan digumpal masuk ke dalam mulut kasut. Dia sudah memulakan sesi regangan.
Ba’i hanya mencebik. Dia duduk di bangku
memerhatikan perlawanan yang hanya berbaki lagi setengah minit.
“Kau…ok ke tak ni ?” Syafiq bertanya
cuak. Manalah tahu kut-kut tiba-tiba pengsan tengah gelanggang. Mana gaya nak
dibuatnya ? Takkan nak dukung budak ni ? Belum sempat pun aku nak sentuh dah
dibalingnya aku jauh-jauh.
Jimi menoleh ke arah Syafiq.
Keningnya terangkat sebelah. “Taiduk. Kalau aku tak sihat tak adanya aku
berdiri depan kau, ready untuk next match.” Sinis dia menjawab. Aku tak lemah
macam yang kau sangkalah , bro ! Jimi mencebik dalam hati. Paling tak pun aku
ni tak lah lembik macam si sotong tu. Terliuk-lentok macam tak ada tulang
belakang. Kadang-kadang aku sendiri kesian tengok dia jalan.
O..key. Syafiq menjawab dalam hati.
Farhan yang hanya memerhati hanya menjeling Syafiq dengan hujung mata. Siapa
suruh tanya soalan fail logik akal ? Kan dah kena sedas!
“Okay good luck kepada siapa yang
ada match lepas ni!” Sir Azli memberi tepukan semangat. Dia menepuk-nepuk bahu
Jimi. “Pastikan emas.” Dia berbisik rendah di telinga Jimi.
Jimi buat muka yakin habisan. “Okeh!
No hal!”
“BAK
hang ! Mengah aku ! Jimi berdiri tegak sambil memandang opponent yang sudah
rebah dan sambil cuba untuk bangun kembali. Liat kau eh! Tunggu! Jimi menunggu
pihak lawannya stabil kembali sebelum dia melayangkan flying back thrust tepat
ke kepala pihak lawan. Sekali lagi dia rebah menyembah lantai gelanggang.
Jimi membertulkan helmetnya. Come on
beb ! Bangun !! Jimi sudah bersedia for the next shot. Sempat lagi dia
menjeling papan kiraan masa elektronik yang tergantung di tepi dewan. Ada lagi
15 saat. Pointnya sudah mencecah 5. Cepatlah bangun !
Pihak lawan akhirnya bangun dan cuba
untuk membalas servis. Namun, sekian terima kasih apabila Jimi sudah membuka
langkah untuk membuat tendangn 360. Yahooo !! Menangg !! Spontan dia melakukan
sujud syukur di tengah gelanggang ! Dia dah tak peduli dah reff yang dok
terpacak di tengah gelanggang. Terus dia berlari ke arah kumpulannya.
“Akak !! Jimi menang !” Terus Jimi
melulu ke arah Farhan. Spontan dia memeluknya. Yela. Takkan nak peluk sir
pulak. Mau menangis tak berlagu bini dia nanti!
Farhan meleraikan pelukan. “Tahniahh
!! Daebakk la cara kau ending sparring match tadi Jimi! Gempak habis !”
Jimi tersenyum bangga. “Well..
tengoklah kaki siapa kan..” Dah mula nak membajet si Jimi ni.
“Dah la malas aku nak puji kau lagi.
Kerja nak riak je.” Farhan mencebik menjeling Jimi. Riak itu syirik tau! Syirik
apa ? Syirik Khafi !
“Alaaa buruk siku tu nanti baru
tahu.” Dia menoleh memandang jurulatihnya. “Sir.” Dia bermain-main dengan
keningnya. “Dah dapat emas. So ?”
“Jom saya belanja awak makan dekat
mapley.”
“Cehhhh ! Ingatkan apalah tadi beria
suruh dapatkan gold medal! Porrahhh !”
“INGAT
dah hebat sangat ke nak tunjuk pandai hebat tu dekat orang hah ?!” Suara
ayahnya memetir.
Jimi menelan air liur kesat. Dia
hanya menekur pandangan ke bawah.
“Ingatkan dulu dah insaf, rupanya
jadi lagi teruk!” Ayahnya melibas belakang badannya dengan tali pinggang. Jimi
hanya diam tidak berkutik. Ibunya hanya duduk memerhati di sofa. Almaklumlah.
Hati cikgukan kental. Pulak tu dua-duanya cikgu.
“Amendalah budak ni. Macam tak ada
kerja lain agaknya yang nak dibuat.” Si Hanani hanya menyampuk perlahan sambil
menggengelengkan kepalanya.
“Ayah suruh masuk tae kwon do suruh
belaja ilmu nak mempertahankan diri, bukan suruh tunjuk samseng! Pergi sekolah
ke tak ni ?!” Terus-terusan badannya dilibas. Dah tak kira dah belakang badan.
Mana sempat mulut tali pinggang itu mendarat, situlah akan rasa kesan berbirat.
Jimi hanya membiarkan ayahnya
melempiaskan rasa marahnya. Sampai sekarang dia masih tak faham kenapa dia
dimasukkan ke sekolah perempuan.
“Ini dah sampai masuk kes polis ni!
Nasib baik mak bapak budak tu batalkan laporan yang anak dia buat! Kalau tak ,
meringkuklah kau dalam penjara sana!” Suara ayahnya masih lagi memetir pada
malam itu.
Elok aje dia melangkah masuk ke
dalam rumah selepas pulang dari tournament Terbuka UITM, terus ayahnya membuka
mahkamah diruang tamu itu sebelum sempat dia singgah dibiliknya.
Patutnya tanyalah dulu sebab musabab
kenapa aku pergi belasah budak tu. Ini tidak! Main hentam kromo ikut suka jiwa
dia je.
“Pergi masuk bilik sana!” Suara
ayahnya kembali memetir diikuti dengan guruh yang berdentum-dentum.
Terus Jimi bergerak ke biliknya
sambil menyeret beg sukannya ke lantai.
Jimi merebahkan badannya ke katil.
Aduh ! Terasa sakit-sakit dibelakang badannya akibat dihentam oleh tali
pinggang ayahnya tadi. Dia bangun menegakkan badan. Jersi pasukan ditarik
dibahagian belakang lalu dilihat disebalik pantulan cermin. Hmmm boleh tahanlah
kesan lebam dia. Sekejap je dah bertukar warna jadi warna purple. Eloklah tu !
Aku pulak memang suka warna purple!
Bajunya diturunkan kembali. Tuala
diambil dari penyangkut dan terus melangkah keluar menuju ke bilik air. Ingin
membersihkan badan yang memang terasa melekit akibat peluh. Bagi lega sikit
emosi ini bila kena air sejuk. Menurunkan kadar adrenalin yang sedang mencanak
naik tak turun-turun. Heh! Yelah tu ! Pandai aku je buat teori Bio sendiri !
Tahu dek Dr.Grey mahu aku disaman 100 juta dollar.
Xperia-nya menjerit tatkala dia
melangkah masuk ke dalam bilik seusai mandi. Jam dinding dikerling sekilas.
Siapa pulak yang telefon aku malam-malam ni ? Zahra ? Telefon dicapai dan butang
jawab ditolak.
“Helo.”
“Helo. Jimi !!”
“Ye ada apa ?” Dia sudah duduk
berlunjur di atas katil bujangnya. Encik Turtle dicapai dan diletak di atas
ribanya. Diusapnya perlahan-lahan.
“Dah balik dah ?”
“Dah.”
“Pukul berapa sampai ?”
“Baju kejap tadi. Ni baru lepas
mandi. Kau kenapa tiba-tiba telefon ni ?” Jimi tak dapat nak mengagak tujuan
Zahra menelefonnya. Minah ni bukan boleh kira! Kadang-kadang tu pukul 1 pagi
dia telefon. Alasan, bosan ! Kejadahnya ! Kut ya pun berkoyan kredit tu janganlah
sampai membazirkan top up buat benda tak berfaedah.
“Kau tahu tak si Rais tu buat aduan
polis ?” Zahra merendahkan suaranya.
“Hmm. Tahu. Sebab dia jugaklah badan
aku berbirat kena dengan ayah aku tadi.” Jimi menjawab malas. Bahunya yang
terasa lenguh diurut dengan sebelah tangan.
“Gila seh ! Habis kau ok tak ni ?”
Risau Zahra dibuatnya. Tapi salah si Jimi juga. Siapa suruh dia cari pasal tak
tentu pasal ikut angin kepala dia ?
“Kalau aku tak ok, aku takkan jawab
call kau Zahra oi. Aku ok je la. Kena libas dengan belt je pun . Hidup aje
aku.” Selamba badak dia menjawab. Gaya cakap macam kena libas dengan belt tae
kwon do dia aje gaya. Walhal kena libas dengan Bonia!
“Dah la tu Jimi oi. Bawak-bawaklah
pencen dari duk belasah anak teruna orang.” Zahra dah mula masuk gear membebel.
“Aku memang dah decide. Lantaklah
dengan si siapa si Wafa tu nak berkawan. Aku dah cukup jaga dia selama ni dari
anasir-anasir tak guna tu. tapi still juga buat perangai yang sama. Aku pun
memang dah fed up nak mempertahankan budak tu dari terus dibodohkan oleh
pakwe-pakwe bodoh dia tu. Malas aku nak ambil port lagi.”
Zahra menelan air liur. Ini dah
tahap ekstrem. Jimi dah tak mengendahkan Wafa lagi! “Tapi aku tengok si Wafa tu
pun macam dah fed up nak pasang-pasang lagi lepas ni. Lepas dia sedar apa yang
Rais buat dekat dia hari tu.”
Dahi Jimi berkerut. “Si Rais tu buat
apa ?”
“Ceritanya mula-mula, dia orang
pergi makan dekat kedai kopitiam ni. Lepas tu si Rais ni pulak pergi order
Casberg. Mahu tak terjojol mata Wafa tengok si Rais tu selamba badak je minum
tin Casberg tu depan mata dia. Menjerit sakan minah tu dekat si Rais.
Diambilnya tin tu lepas tu dia baling keluar. Mamat ni pulak terlebih hormon
agaknya masa tu pergi tengking si Wafa tu sebab buang tin Casberg dia. Si Wafa tu
balas servis balik menjerit buta ke itu arak ?! Haram ! Minum air kencing
syaitan rupanya kau syaitan ! Air yang Wafa order tu terus disimbah ke muka si
Rais tu. Cemberut habis muka Rais bila dia dimalukan macam tu dekat public. Lepas
tu , terus dia jerit minta clash dengan si Wafa. Si Wafa pun kata fine!”
“Aik ? Habis tu yang dia beria
menangis hari tu kenapa ?” Jimi dah pening.
“Dia ingatkan si Rais tu main-main.
Yalah, orang tengah marah, mesti dia orang tarik balik apa yang dia kata.
Tup-tup betul. Menangis tak berlagu budak tu.”
Bodoh betul. Tak berbaloi langsung
menangis untuk jantan tak guna macam si Rais tu. “Memang patut pun dia orang tu
break, tak adalah menambah dosa.” Aku pulak memang tak layan benda-benda jiwang
karat ni.
“Kau ni Jimi. Ish ish.”
Jimi mengeluh. “Betul apa. Eh dahlah
aku nak rehat ni. Lenguh badan aku tak hilang lagi ni. Aku tidur dulu.
Bila-bila nanti sambung. Bye.” Terus talian dimatikan. Lampu bilik ditutup dan
terus dia baring mengiring ke kanan. Pedih akibat dihambat tali pinggang tadi
masih lagi kuat berbekas. Seketika dia memejamkan matanya. Bilalah kaki aku ni
nak sejuk-sejuk agaknya ? Kena tukar warna stoking jadi warna biru ke ? Hmmmm…
Gasak kaulah Wafa. Aku dah malas dah nak ambil port pasal hal cintan-cintun kau
tu lagi. Kalau kau nak cerita pun ,kau cerita jelah dekat Zahra. Minah tu
memang terlebih jambu sikit. Dia lebih memahami daripada aku. Jangan tanya aku.
Aku tak faham apa-apa pasal hal-hal perasaan ni. Pulak aku ni feelingless. Matanya
mulai memberat. Seketika kemudian dia hanyut dalam mimpi.
“SAKITLAH
siak!” Herdik Jimi apabila May tiba-tiba menolak badan Jimi ke dinding. Aduhhh
! Dahlah semalam sakit kena libas dengan Bonia tak hilang lagi. Jadi lagi teruk
lebamnya adalah! Lagi nak ditambah sakitnya menolak aku ke dinding.
“Kau dah aniaya si Rais lepas tu tak
cukup lagi kau nak aniaya aku pulak ?! Apa masalah kau hah?!” Drastik May
menyentak jatuh tudung si Jimi. Tinggal hanya anak tudung saja yang sudah
senget benget dikepalanya. Tudung sekolah sudah jatuh mencium lantai.
Yang lain hanya mampu menonton dari
jauh. 2 meter radius dari tempat kejadian langsung tidak dijejak oleh mereka.
Jangan cari pasal kalau tak nak kena hentam tak pasal-pasal!
Jimi meniup rambutnya yang jatuh
menutup matanya. Anak tudung dicabut kasar. Muka tak puas hati ditayang sambil
matanya kecil memandang May dihadapannya yang sedang turun naik nafas.
“Sejak bila kau pandai guna word
aniaya tu ? Bukan kau ke yang selalu guna word tu untuk pedajal budak lain ?”
Rendah dan sakarstik dia menuturkan. Dia mendekatkan mukanya.
“Aku bagi kau last warning! Kalau
kau cari pasal dengan aku atau Rais, memang aku humban kau masuk lokap!”
Berdetap dia menahan suara dicelah gigi.
“Oh eh? Ok. Kita tengok siapa dulu
masuk lokap.” Jimi bermain-main dengan keningnya. Bersahaja dia menuturkan. Bukan aku tak tahu kerja bawah tanah kau
setiap malam pergi mana. Tulah. Lain kali kalau nak mandi tu update sekali
dekat Twitter. Tunggu masa je ni aku nak shoot. Tengoklah nanti. Kelihatan May
semakin berapi. Mungkin taktiknya nak buat si Jimi tu mengamuk tak menjadi.
Alih-alih dia yang mengamuk apabila melihat Jimi yang bersahaja itu.
“Kau!” May sudah mencekak leher baju
kurung si Jimi. Baik punya timing, Pn.Hidayah sedang berdiri kurang dari 2
meter menonton sketsa mereka di hadapan kelas.
“May!” Memetir suara Pn.Hidayah
apabila May sudah mula berkasar.
May terkejut apabila mendengar suara
Pn.Hidayah.Spontan dia melepaskan cengkamannya.
Jimi yang memang dah tahu keberadaan
Pn.Hidayah hanya mengekalkan muka selambanya. Tudung dan anak tudung dilantai
dicapai. Sebelah tangannya membetulkan rambutnya yang agak serabai dan
membetulkan baju kurungnya yang renyuk dek dicengkam kuat oleh si sotong itu
tadi. Dikira tak ada tulang sebab terliuk lentok tapi bila kena cengkam boleh
tahan kuat dia.
“Awak berdua! Ikut saya ke bilik
HEM!” Tersentak May dibuatnya. Jimi macam biasa, rileks. Dah lali dengan suara
yang selalu memetir. Dekat rumah either dekat sekolah.
BAB 4
“BETUL
boleh dibuat ke Jimi ?” Farhan menyoal. Biar betul budak ni ? Tak melangkaui
dek akal aku langsung. Nisa, Najwa, Mira, Hazirah, Farisha, Farhan, Ina, dan
yang lain-lain memandang Jimi.
“Bolehlah. Alaa gabung je la taegeuk
tu dengan koreograf dari lagu asal tu sendiri. Kalau ada.” Hehehe. Step dance
lagu Overdose diperhati di Xperianya. Ok kiri kanan lepas tu step satu langkah
ke belakang…..Tangan dan kakinya turut bergerak mengikut apa yang diperhati.
Farhan hanya memerhati movement
Jimi. Hebat betul budak ni ! Tengok terus boleh buat !
“Kenapa mesti Exo ? Lagu lain tak
ada ke ?” Mira menyoal.
“Lagu dia orang lah yang aku rasa
paling masuk kalau nak dibuat taegeuk berirama.” Jimi tak mengangkat muka dari
Xperia. Gerakan terus dilakukan.
“Alaaa lagu Neverland pun rancak
apa. Monster.” Yang lain mencelah.
Jimi mengangkat muka. “Lambat cakap.
Aku dah nak siap koreograf dah ni. Lain kali je la.” Xperia diikat kembali
ditempat pemegang di lengan kirinya. “Dah jom buat ! Ak rasa boleh jadi havoc
ni.” Jimi tersengih sambil bergerak ke tengah dewan latihan yang dilapik dengan
karpet getah yang direka khas untuk pertandingan.
“DAEBAKK
!!” Mereka beramai bertepuk tangan
setelah melihat taegeuk berirama yang dilakukan oleh Jimi menggunakan lagu
Overdose berdasarkan Taegeuk 1,2,3,5 dengan 7. Memang kreatif ! Diselitkan juga
koreograf dari step dance lagu Overdose tu sendiri. Berseni sungguh bila tengok
si Jimi tu buat. Step dance yang dilakukan mengikut rentak muzik tu sendiri.
Mengikut alunan naik turun electronic music yang diperdengarkan. Terbaiklah
Jimi !!
“Taiduk.” Jimi hanya ketawa apabila
mereka bertepuk tangan.
“Kau k-pop fans ke Jimi ?” Farisha
menyoal. Tengok gaya macam die hard fans sungguh ! Macam dah biasa aje menari
lagu-lagu k-pop ni.
“Tak adalah. Aku minat lagu je.
Orang-orangnya semua fake belako. Tak ori langsung muka.”
“Heii cakap baik sikit.” Kipas susah
mati k-pop sudah bersuara. Jimi hanya tergelak. “Biane, biane. Yang ni kena
buat ramai-ramai. Tapi paling ramai pun dalam 7-8 orang.”
“Korang buat apa ni ?” Syafiq and
the geng menghampiri.
“Ni ha, Jimi buat koreografi taegeuk
berirama.” Farhan tolong menjawab.
“Ohh. Bunyi macam menarik je.”
Syafiq menjeling ke arah Jimi. Jimi memandang ke arah lain sambil mulutnya
terkumat-kamit.
“Haah Jimi. Tunjuklah sikit.” Ba’i
turut mencelah.
Jimi memandang mereka sekilas sambil
dia menggeleng. “Tak nak.”
“Peee . Reject terang tang tang kau.
Tak apalah Syafiq. Meh kita buat taegeuk berirama kita sendiri.” Ba’i menepuk
bahu Syafiq. Syafiq hanya memandang Jimi yang masih mengekalkan muka toyanya.
Dari
tadi Syafiq tak habis memandang kumpulan perempuan yang sibuk berlatih taegeuk
berirama yang diketuai oleh Najmi Firdaus di hujung kiri bahagian depan dewan.
Tiba-tiba terasa pipinya dilibas
oleh kekura kaki. Terteleng ke kiri terus kepala Syafiq dibuatnya. Aduhhh !!
Bangkai!! Sakitlahh !! Syafiq mengerang kesakitan.
“Yang kau termenung jauh merenung
masa depan tu kenapa ? Kan dah dapat sedas daripada aku.” Kekura kaki kanan
yang menendang pipi kiri Syafiq digosok sekilas.
Syafiq hanya menjeling sambil
menggosok pipinya yang kebas dek kena sepak dengan Ba’i. Baik punya kawan !
“Kau tengok apa ?” Ba’i menyorot
pandangan mata Syafiq.Ohh dari tadi duk menung rupanya duk tenung anak dara
orang rupanya. “Kau … suka dia eh ?” Ba’i menebak.
Syafiq lipat maut memandang Ba’i
disebelahnya. Lama. Kemudian dia memandang kembali kawanan Jimi Daus. Seketika
dia mengangguk. “Dia mahal.”
Ba’i yang turut merenung tempat yang
sama mengangguk, mengiyakan kata-kata Syafiq. Sekali pandang tak sangka
langsung dia Form 2. Terjaga habis segala tingkah laku dia. Pulak tu budak
sekolah perempuan. Biasanya kalau aku jumpa budak sekolah perempuan yang tak
cukup akal, tergedik-gedik aje perangai. Duk bergesel dengan abang-abang
senior. Almaklumlah dekat sekolah convent mana ada spesis yang bernama lelaki.
Bila jumpa dekat luar tu yang jadi jakun.
Lagi rasa nak potong lidah bila
dapat tahu nama dia. Jimi. Bila jurulatih mereka memperkenalkan si Jimi tu
dengan format penuh, lagi rasa nak potong lidah. Nama sikit punya unik. Empunya
nama tu sendiri pun unik.
“Kau ni pun dia baru 14. Ngagaklah
kau kalau nak dibuat stok calon bini pun. Ba’i menggeleng. Belajar pun tak
habis lagi.” Ba’i berseloroh.
Syafiq tergelak kecil. Ya tak ya
juga. “Kadang-kadang aku sendiri mamun ingat dia dah 18. Rupanya 14 lagi.” Dia
menggeleng lagi.
“Bukan kau mamun. Kau berharap dia
tu 18. Dah-dah la tu tu berharap. Jangan dok kacau anak dara orang. PMR pun tak
lepas lagi tu. Bawak-bawaklah bersabar bang oi.” Ba’i berseloroh lagi.
“Ahhh kau pun sama je. Cakap orang
je lebih.” Syafiq menolak bahu Ba’i.
“Aku kes lain.” Ba’i membela diri.
“Yela tu.”
TIN
air 100 plus dihulur. Jimi mendongak apabila ada tangan yang menghulur
dihadapan mukanya. Terus dia memandang kembali Xperianya. Langsung tidak
dihiraukan huluran tersebut.
Syafiq mengeluh. Tin tersebut
diletak disebelah Jimi. Kemudian dia duduk. Serentak itu Jimi bangun dan
menapak pergi. Maaflah ! Aku tak berminat nak berborak ke nak berkawan dengan
kau. Jauh sekali nak duduk sebangku dengan kau. Kirim salam awal-awallah bro !
Meihunya saya berkawan dengan awak.
Syafiq hanya menyorot langkah kaki
Jimi. Seketika dia senyum pedih terukir. How I wish you are 18 Jimi. Seketika
dia menangkap warna stoking Jimi. Hijau. Lagi.
Jimi menghampiri jurulatihnya, Sir
Azli yang sedang bercakap dengan ahli tae kwon do yang lain.
“Yes, may I help you, girl ?”
Jurulatihnya beralih ke arah Jimi sambil tersenyum.
Jimi hanya tersengih. Nasib jela sir
ni satu-satunya lelaki yang aku boleh kawan. Yang aku boleh percaya. Ayah dia
tu infiniti. Dah tak boleh nak ubah kedudukannya.
“Sir, dah tahu tarikh exact untuk
Terbuka Korea ?”
“Jom ke sana. Saya akan bagi detail
untuk pertandingannya kepada teammates yang lain jugak.” Jurulatihnya sudah
menuju ke tengah dewan latihan. Jimi menurut.
Jimi duduk di sebelah Farhan.
“Ok. Latihan terakhir dah selesai.
Ingat dalam 2-3 hari ini jangan buat macam-macam.” Sempat sir menjeling ke
arahnya. Nak merli aku la tu !
“Tapi selepas tournament ini, ada
few of you guys yang akan join skuad kebangsaan ke Terbuka Korea. Awak semua
akan berkampung di Sekolah Sukan Bukit Jalil selama 3 hari sebelum berlepas ke
Korea untuk tournament yang sebenarnya.” Sir Azli meneruskan taklimatnya.
“Siapa yang akan join Terbuka Korea
tu sir ?” Zul menyoal.”
“Yang akan join Syafiq, Izhar, Ba’i,
Zul dan Jimi.” Sir Azli melihat senarai nama di Xperianya. Mereka berslap
hi-five apabila nama mereka disebut. Gamat sebentar dewan latihan itu.
“Perghh kau Jimi. Tak aci seyh kau
dapat pergi !” Farhan menolak bahu Jimi.
Jimi hanya tersengih. Sorry sis !
That’s my rezeki. Tak boleh nak kata apa.
“Wehh jangan lupa ole-ole kami.”
Mira mencelah.
“Aku nak album Exo.” Najwa turut tak
ketinggalan.
“Buatlah list banyak-banyak benda
apa aku kena beli dekat sana. Confirm aku takkan beli punya.” Jimi angkat
kening. Bukannya aku pergi vacation pun pergi Korea nu ha. Aku bermain untuk
negara tu !
“Stoking satu luggage jangan lupa
bawak sis. Nanti meroyan ayan dekat sana nanti macam mana ? Dah la dekat sana
tu sejuk.” Farhan mengingatkan.
Jimi hanya tersengih. “Ok boss !”
Syafiq yang hanya melihat dari jauh
hanya ketawa. 3 benda yang memang si Jimi tu tak boleh berenggang langsung. Stoking
hijau, Xperia dan jam tangannya. Kalau hilang sekejap memang meroyanlah budak
tu. Silap-silap habis semua beg orang diselongkarnya nak mencari barangnya yang
hilang. Ke mana saja budak ni pergi 3 benda tu memang wajib ada dengan dia. Itu
pun si Farhan yang cerita dekat dia. Itupun nasib si Farhan tu cousin si Jimi.
“Mereka yang dipilih ini dipilih
berdasarkan potensi dan prestasi mereka. Bukan main cekau aje.” Sir Azli
menambah. “Tarikhnya adalah pada 1,2 dan 3 Oktober.”
“Yang tu dah ada dekat Korea atau
masih lagi ada di Bukit Jalil sir ?” Ba’i menyoal meminta kepastian.
“Dah ada dekat Korea. Maknanya 28
September tu hari pertama ada di Bukit Jalil. 31 haribulan tu hari bertolak
dari sini ke Korea. 1 haribulan tu dah mula tournament.” Sir Azli menjelaskan.
Jimi mencongak. Final year exam mula
minggu kedua Oktober. Nasib !! Habis je tournament terus kena siap-siap nak
final exam. Gila kalau tak buat betul-betul mahu itu jadi petanda awal aku
lingkup PMR tahun depannya.
“Ok. Kalau tak ada apa-apa soalan,
kita jumpa Selasa ni.” Sir Azli menutup taklimat akhir sebelum pulang.
Jimi
menyarung stoking hijau di kaki. Kemudian kasut sukan Nike di sarung. Badan
ditegakkan lalu diregangkan otot-otot dan sendi. Bersedia untuk berjogging.
Kemudian langkah kakinya mula diayun perlahan mengelilingi taman perumahan.
“Izat
! Sini !” Rais melaung.
Bola basket dibaling ke arah Rais.
Rais menyambut dengan sebelah tangan. Terus dia meluncur laju menuju ke
keranjang. Dia berhenti di luar bulatan dan terus membaling ke arah keranjang.
Berdesup bola itu berpusing menuruni keranjang tersebut. Bola yang jatuh
dicapai sebelah tangan oleh Rais sebelum sempat bola itu melantun ke
gelanggang. Dibalingnya bola itu ke arah Syed. Syed yang tengah berangan apa
tak sempat menyambut bola tersebut. Elok je bola keranjang tersebut bergolek ke
tengah jalan.
Jimi yang sedang berlari terhenti
apabila terasa kakinya tersepak sesuatu. Eh ? Bola basket ? Bola itu diambil
dengan sebelah tangan sambil merenung bola tersebut.
“Cik adik !! Boleh tak tolong paskan
bola tu !!”
Huhhh ?? Jimi mencari empunya suara.
Dilihatnya dari basketball court. Dianalisis muka-muka penyangak yang
memintanya memberi bola tersebut. Mana boleh main suka-suka bagi ! Maunya tu
taktik nak menculik aku. Manalah tahu..
Tiba-tiba sedang dia menganalisis
muka-muka penyangak tersebut, muka Rais turut ada. Terus naik darahnya apabila
muka Rais dilihat. Langkahnya diatur laju menuju ke basketball court. Bola
basket yang sedang dipegang dengan sebelah tangan dibaling kuat ke arah Rais.
tepat mengenai batang hidung Rais memang tak mancung langsung. Menjerit sakan
budak tu apabila bola basket menghempuk hidungnya.
“Hoii !! Kau ni dah gila ke main
serang-serang orang ?!” Syed mengherdik gadis dihadapannya.
Jimi berpeluk tubuh tidak
menghiraukan herdikan kawan selenga tu. “Itu lesson pertama bagi kau !” Terus
Jimi berpusing dan berlalu pergi.
Yang lain tercengang. Tapi tidak si
Rais. “Kau back up betina sial tu kenapa ?!” Rais memang betul sengaja cari
pasal petang tu.
Langkah Jimi terhenti. Dia segera
berpaling. Terangkat sebelah keningnya. “Apa kau cakap ?” Kecil matanya
memandang Rais. Dia meluru ke arah Rais dan drastic dia mencengkam kolar baju
Rais. Sebelah tangannya memegang batang leher Rais.
“Apa kau cakap tadi ? Ulang balik.”
Suara Jimi keras. Pegangan dileher Rais dicengkam lebih kuat.
“Dia dah malukan aku depan public
kau tahu ! Lagi kau nak back up betina tu apasal ?!!” Suara Rais naik satu not.
Sebelah tangan Rais memegang tangan Jimi yang memegang batang lehernya.
“Yang kau buat main betina yang dah
malukan kau tu kenapa bodoh ?!! Dah tahu dia spesis macam tu yang kau still nak
couple dengan dia tu kenapa ?!! Dah bodoh lagi nak tunjukkan kebodohan kau tu
depan aku ! Memang cinabeng betul kau !” Jimi mengemaskan lagi cengkaman.
Syed menyentak tangan Jimi dari
terus mencengkam batang leher Rais. Naik biru dah muka budak tu dikerjakannya !
Kena cepat-cepat lepaskan si Rais tu, kalau tak mahu jadi kes polis lagi .
Terbatuk-batuk budak tu dibuatnya. Leher yang terasa panas diurut. Gila betul
minah ni !
Segera tangan Jimi cuba dikilaskan ke
belakang, tapi Syed lupa Jimi lagi handal bab mempertahankan diri. Segera
badannya dipusing mengikut arah yang cuba dikilaskan. Satu penumbuk padu
dilayangkan ke leher Syed. Keterbelakang budak tu dibuatnya. Jimi berpaling
memandang Rais. “This is the very last warning I give you before I really drag
you to the hell.” Kecil matanya memandang Rais. Terus dia berlalu pergi.
BISING
Xperianya menjerit segera dicapai. Kepala yang masih basah digosok dengan tuala
yang masih tersangkut dileher.
Wafa ? Apahal telefon
maghrib-maghrib ni ? Butang hijau ditolak. “Helo ?”
“Jimi !!” Telefon dijauhkan.
Terdengar esak tangis Wafa dihujung telefon.
“Kau kenapa ?” Dia duduk dibangku
meja belajar.
“Kau belasah si Rais tu aku yang
kena carut kau tahu tak !”
Jimi terkedu. Apa punya sengkeklah
otak mamat tu ? Agaknya dia tak sempat nak carut kat aku dia balas servis dekat
Wafa pulak. “Nanti aku blokkan nombor dia dalam kau punya phonebook.” Terus
talian dimatikan. Komputer riba dihidupkan. Kemudian telekung dan sejadah
dicapai.
“Buka
sekarang.”
Jimi mengeluh berat. Ini semua mesti
si sotong tu punya pasal. Pandai kau eh Rais. Guna third party. Coward ! Nak
tak nak stoking hijau yang tersarung dicabut dan dimasukkan ke dalam plastik
hitam.
“Lain kali ikut peraturan sekolah.
Senang.” Terus Pn.Hidayah berlalu.
Hati Jimi berdongkol. Boleh pulak
masa nak pergi lab ni dia nak rampas-rampas barang. Tak faham betul aku. Siap
kau sotong ! Nanti kau !
Pintu
bilik staff room dibuka. Gelap. Lengang. Bagus. Mudah plan aku. Segera
langkahnya diatur ke salah satu meja yang sudah dikenal pasti kedudukan plastik
hitam tersebut. Kerusi ditolak ke belakang. Badannya dibongkok sambil tangannya
teraba-raba beg plastik hitam. Apabila terasa jarinya tersentuh sesuatu, segera
dicapai keluar. Dia mencangkung. Digalinya isi plastik hitam itu.
Mananya lahai stokingku itu?? Dengan
hanya meminjam cahaya dari luar, dia terus menggali isi plastik hitam tersebut.
Haaa jumpa pun! Wohooo !! Stoking
diseluk masuk ke dalam poket seluar. Seketika dia terpandangkan beg make up
Gucci di dalam plastik hitam tersebut. Keningnya terangkat. Itu mesti hak milik
si sotong tu. Beg make up itu dicapai dan tunggang balikkan isi di dalamnya.
Sengaja disepah-sepahkan di bawah meja. Kemudian segera platik hitam itu
direnyuk kembali dan diletakkan kembali di bawah meja. Dia bangun dan kerusi
disorongkan kembali. Segera dia berlari menuju ke pintu. Mission accomplished
!!
JIMI
menahan kerut di dahi. Ya Allah ! Kenapa hari ni ?! Kenapa mesti hari aku nak
pergi tournament ?!! Erghhh !! Dia menekan perutnya sambil dia bongkok di
kerusi di dalam bas.
“Jimi ! Kau ok tak ni ?!” Farhan dah
cuak. Janganlah senggugut dia datang time ni !
Jimi menggeleng lemah. Dia memandang
hujung kasut Conversenya. Allah ! Sakitnya !! Setitik dua air matanya jatuh
mengenai hujung kasut.
Farhan cuba menegakkan badan Jimi
tapi sengaja dikeraskan. Sakitlah kak oi !
Farhan menggaru dahi. Ini dah parah
! Terus dia bangun menuju ke tempat duduk jurulatihnya.
“Sir! Ada hot pack tak ?” Cemas
Farhan bertanya.
Sir Azli yang sedang enak membaca
Gempak tersentak apabila Farhan menerpa ke arahnya.
“Eh kenapa ?” Lagi berkerut muka Sir
Azli apabila melihat kerutan di dahi Farhan.
“Jimi! Dia senggugut!”
“Laaa. Bagilah dia makan Panadol
Menstrual.” Ujarnya sambil berlalu menuju ke sit belakang.
“Mana maunya dia nak makan. Sia-sia
je bagi. Nanti habis dibalingnya keluar.” Farhan membebel. Memang pun ! Suruh
makan tak nak ! Tapi menjerit mengadu sakit bagai nak gila! Tak faham aku !
“Jimi ! Jimi !” Sir Azli menggoncang
bahu Jimi yang sudah membongkok. Satu bas havoc dengan kejadian itu.
Jimi mengangkat muka. Lemah sungguh
dia kala itu. Sir nak apa ? Raut wajahnya seolah-olah bertanya.
“Awak ok tak ?” Sir Azli bertanya
cemas apabila melihat Jimi sudah meleleh. Sakit sangat ke ? Ahh lelaki takkan
pernah tahu dan faham !
“Nampak ok ke saya sekarang ni ?”
Jimi bertanya balik. Soalan fail logik betul !
“Sir, kalau sir nak tunjuk sikap
prihatin, bagi dia hot pack. Soalan sir tu takkan membantu dia sekarang ni
masalahnya.” Farhan menggesa. Lahai jurutlatih aku ni pun. Takkan lah bini dia
tak pernah beranak kut ! Anak dah dua orang !
“Hotpack,hotpack..”Sir Azli
menggumam perlahan. Rasanya ada kut dalam emergency kit.” Sir Azli berlalu ke
hadapan.
“Bagi dia sapu minyak balm ni dulu.
Balm ni panas. Boleh kut kurangkan rasa sakit tu. Air-cond dekat tempat dia
matikan.” Syafiq menghulur minyak balm kepada Farhan.
Farhan memandang Syafiq dan minyak
balm silih berganti. Pelik mukanya.
“Apahal kau buat muka macam tu ? Dah
cepat sapu balm ni ! Aku pun ada kakak ada adik perempuan lah. Haishh.” Syafiq
mendengus. Ingat aku tak belajar Bio ke ?
Farhan mengambil minyak balm dari
tangan Syafiq. Segera penutup botol itu dibuka. Dia duduk di sebelah Jimi.
Seketika dia berpaling ke belakang. “Korang jangan nak duk intai eh. Lelaki
semua ke depan. Mira ! Najwa ! D ! Nisa ! Tolong cover port ni ! Jangan bagi
mata-mata buaya darat ni tengok !”
“Ek eleh, kau fikir kita orang ni
kemaruk sangat ke nak tengok.” Mereka membebel sambil bergerak ke hadapan
manakala yang perempuan bergerak ke belakang.
“Jimi. Badan tegak. Akak nak sapu
ubat ni.” Pujuk Farhan lembut.
SYAFIQ
menghulur sepapan Panadol Menstrual. Berkerut dahi Farhan memandangnya.
“Apahal bagi ni ?”
“Suruh dia makanlah. Nak bagi kurang
rasa sakit tu.Ambil ni.” Syafiq menggesa.
Heh. “Kau fikir dia nak makan ke ?
Baiklah kau simpan bagi kakak ke adik kau makan sebelum dia buang ke luar
tingkap.” Sinis dia menjawab.
Aik ? Gitu sekali ? “Kenapa ? Kan ni
nak bagi tahan sakit.”
Farhan mengeluh. “Kan dia cakap dia
tak nak. Berapa kali aku nak ca…” Farhan yang tak habis cakap terus mengejar
Jimi yang sedang meluru ke tandas sambil menekup mulut. Kalau kes dah
muntah-muntah, ini memang dah parah!
Jimi berkumur membersihkan mulut
dari sisa muntah. Seketika dia memejamkan matanya. Allah peritnya !!
“Jimi ! Jimi ok tak ni ?” Farhan
risau. Diusapnya belakang badan Jimi. Lemau betul badan budak ni. Macam
betul-betul baru lepas bersalin je gamaknya.
Jimi menggeleng. Mulut dikesat
dengan lengan baju. Dia menapak keluar menuju ke bas.
“Eh Jimi kau ok tak ?” Syafiq
menghampirinya.
Jimi memandang lemah ke arah Syafiq.
“Nampak aku macam baru balik dari marathon ke ?” Tak nampak ke muka aku dah
macam ikan yang tak cukup oksigen ni!
“Makan ni.” Syafiq mengunjukkan
sepapan Panadol Menstrual.
Jimi ketawa sinis. “Tak payah. Terima
kasih jelah.” Terus Jimi angkat kaki.
“Yang kau degil sangat tak nak makan
ni kenapa ?” Syafiq masih enggan melepaskannya.
“Yang degil sangat nak suruh aku
makan ni kenapa ? Aku dah cakap aku tak nak kan.” Heii budak ni! Dahlah aku tak
sihat, lagi nak diajaknya bergaduh!
“Apa pasal kau tak nak makan ?”
“Kau nak tengok aku sedut heroin ke
masa aku bersalin nanti ?” Kecil matanya memandang Syafiq. Terus dia berlalu
longlai menuju ke bas. Farhan membantunya berjalan.
Syafiq terkedu.
Xperianya menjerit minta diangkat.
Jimi meraba poket sweaternya mencari. Dicapainya lalu terus dijawab tanpa
melihat si pemanggil.
“Helo.” Lemah suaranya menjawab.
“Jimi ! Apa kau dah buat dengan si
May tu ??!!” Suara Wafa pecah dihujung talian.
Berkerut dahi Jimi memikir soalan Wafa.
Huhh ? Aku tengah mamun ni boleh dia tanya soalan peringkat STPM ? “Buat apa ?”
“Kau tanya aku balik ? Habis apa
pasal pagi tadi dia kena panggil dengan Cikgu Hidayah lepas tu dia dituduh
menyelongkar barang-barang rampasan dekat bilik guru ? Balik je kelas habis
mengamuk sakan dia.” Nada suara Wafa masih tak turun-turun.
Apabila Wafa menyebut pasal barang
rampasan seketika terus dia tersengih jahat. Walaupun sikit. Tengah keadaan dia
macam sotong hilang air pun sempat lagi tersengih jahat. “Manalah aku tahu kau
ni. Bukannya aku ada ditempat kejadian pun.” Lemah dia menjawab. Fail logik
betul minah sorang ni. “Dahlah kau ni, nanti-nantilah cerita. Aku penat ni.
Bye. Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Hari ni memang dia sakit jiwa
betul ! Itupun nak kecoh. Apalah.