BAB 1
“Muka
toya kau memang sangat menyakitkan hati.”
“Eh, awatnya ?” Jimi mengangkat kening
sebelah.
“Kau kan yang bikin kacau tadi ?” Zahra
menyoal.
“Kacau apa ?” Jimi buat tak faham.
“Kucing.” Mata Zahra sudah mengecil.
Jimi sengih geli hati.
Memang sah la dia. Zahra meneka.
“Kenapa ?” Jimi menyoal apabila
Zahra hanya diam.
“Memang baik punya timing aku tengah
tersengguk tiba-tiba ada orang menjerit depan aku. Mana tak melatah aku
dibuatnya.” Zahra menjeling geram ke arah Jimi. Jimi dah tergelak macam nak
pecah perut. Zahra kalau melatah habis segala vocab dia keluar.
“Ohh kau rupanya dalang havoc pagi
tadi !” Hazwani melibas belakang kepala Jimi dengan buku teks Sains.
“Aduh ! Sakitlah pandai !” Jimi
menggosok belakang kepalanya yang sengal .
“Baik punya timing aku tengah hafal
lagu Overdose, terus hilang dalam ingatan. Kau punya pasallah ni !” Iman
menambah.
“Punyalah aku tengah syok
berangankan si Firman tu, kau kacau daun pulak.” Dhia menyelit.
“Entah kau ni. Tengah syok kita
orang bergosip, habis terbang ke mana dek jeritan budak tu.” Umair turut tidak
ketinggalan menambah senarai rungutan.
Aliya dan Wafa menyokong mengangguk.
Jimi menguap bosan. “Apa kejadah la
kau orang ni salahkan aku ? Siapa yang menjerit sebenarnya ? Aku ke si sotong
tu ?” Siapa suruh si sotong tu menjerit tak tentu pasal. Tu baru si kucing tu
menggesel, belum lagi aku suruh dia ngap tangan ke kaki si sotong tu. Eh sotong ada tangan kaki ke ?
“Masalahnya yang menjadi punca dia
menjerit tu , kau !” Wafa menunding ke Jimi.
“Haa back up, back up. Ini sudah
melampau nak main tunding-tunding.” Jimi menepis perlahan jari telunjuk Wafa.
“Alaaa lepak la, pagi-pagi kan elok kita test sense kita. Baik untuk neuron
otak.” Jimi meletak kedua belah tangan mengongkat belakang kepala.
“Baik bak hang ! Tak masal kucing tu
kena buang. Wehh, dah la aku sayang kucing tu. Kalau betul kucing tu kena buang
, memang aku cari kau Jimi.” Aliya macam dah nak menangis.
Jimi hampir tergelak. Namun
cepat-cepat ditahannya. Mau budak ni menangis betul, aku juga yang kena pujuk.
“Kalau betul kucing tu kena buang,
kau carilah si sotong tu. Dah sah-sah la dia yang suruh tukang kebun buang. Dia
tu kan kaki report kaki retort.”
“Cikgu on the way.” Zarith memberi
amaran perlahan sambil melalui kumpulan Jimi.
Habis semua, majalah, mp3, bedak
compact dan PSP disumbat ke dalam beg. Masing-masing mengekalkan muka steady
apabila cikgu masuk. Ada jugak yang sengih terlebih madu. Ada juga muka yang
lepas tak pernah tidur setahun. Ada juga spesis yang tak boleh nak berenggang
dengan cermin. Either yang bertudung atau tak. Sama je pesen.
Duit
RM5 diambil dari dalam dompet dan diseluk ke dalam poket. Masa rehat !! Wohooo
!! Jimi ke meja Zahra. Dilihatnya Zahra masih lagi menulis.
“Wehh Zahra cepatlah. Aku dah lapar
ni.” Jimi menggesa.
“Sabarlah mak cik. Aku tak siap lagi
nota Sejarah lagi ni.” Zahra tak mengangkat muka sambil laju tangannya menulis
nota dari contengan white board.
Jimi buat muka bosan. Kejadahnya lah
buat home work time rehat. Mata Jimi menangkap kelibat pengawas yang bertugas
menghampiri pintu kelas mereka.
“Cepatlah weh. Prefect dah ada dekat
luar tu. Nak tunggu kena sound ke baru nak gerak ?” Jimi menggesa lagi.
“Hish budak ni. Makan je tau.” Zahra
mengemas mejanya. Semua barang diletak di bawah meja. Jangan ada brang atas
meja kalau orangnya tak ada kalau tak nak tengok barang ada dekat bilik HEM.
Haihh dah satu hal nak kena bersoal jawab dengan HEM. Satu hal lagi nak kena
bayar denda. Baiklah ambil langkah precaution awal-awal sebelum duit terbang
sesuka jiwa.
Mereka beriringan menuju ke kantin
di tingkat bawah. Mereka ke tempat membeli makanan. Mak ai ! Penuh ! Mereka
beratur di barisan tempat membeli makanan. Tiba-tiba ada seorang pelajar melulu
ke hadapan tanpa mengikut barisan. Suka jiwa kau je nak potong barisan eh minah
!
Jimi menarik tocang pelajar tersebut.
Terjerit pelajar tersebut sambil keterbelakang.
Mendengarkan jeritan itu, Jimi terus
dapat meneka siapa. Si sotong ni rupanya. Memang hobi dia agaknya asyik nak
potong barisan.
“Hoi ! Apasal kau nak tarik-tarik
rambut aku hah ??!!” May dah berapi. Pantang rambut aku disentuh oleh tangan
yang kotor. Dah lah baru renew rebonding dekat salon.
“Oh eh ? Rambut kau ke ? Aku
ingatkan sesungut sotong mana yang sesat dekat sekolah ni .” Jimi menjawab
selamba sambil maju ke kaunter membeli makanan. Baiklah aku isi perut aku ni
dulu daripada buat sesi soal jawab dengan minah ni.
Tiba-tiba terasa bahunya ditarik
kasar dari belakang. Ada saja ruang kosong cepat-cepat May menyelit. Bulat mata
Jimi ! Mencilok kau eh ! Tak apa, tak apa. Ada hujan ada panas, memang aku nak
balas pun ! Panjang tangan Jimi menyelit tangannya di sebelah si sotong
mengambil pinggan yang berisi kuew tiaw di kaunter. Elok cantik je tangan yang
memegang pinggan tersebut dilepaskan di hadapan si sotong itu. Habis isi
pinggan yang berdentum dengan pinggan yang accidently dijatuhkan oleh Jimi
memercik ke baju si sotong. Spontan itu si sotong menjerit. Macam biasa.
Jimi ke sebelah kiri kaunter, jauh
sedikit dari si sotong. Dua pinggan kuew tiaw goreng dibeli. Kemudian dia
memberi sepinggan kepada Zahra. Terus mereka berlalu. Si sotong tu tak
habis-habis lagi menjerit.
“Ahhhhh my Switf Cotton !!!”
“Daebak punya accident.” Zahra
tersengih lucu sambil mata lurus memandang ke depan.
“Taiduk.” Dah keluar dah slank
bahasa inverse dia.
“Najmi
Firdaus.” Jimi mengangkat muka dari memandang struktur peta bumi. Terus matanya
dihalakan ke pintu. Guru PJK sedang berdiri memandang ke arahnya.
“Saya.” Jimi menjawab hemah.
Guru PJK tersebut menggamitnya.
Kerusi ditolak kebelakang sambil dia
bangun menuju ke arah guru PJK tersebut.
“Ikut saya ke staff room.” Jimi
hanya mengangguk sambil menurut langkah guru tersebut.
“Jurulatih
kelab tae kwon do ada call saya tadi, katanya nak meminta kebenaran bagi pihak
awak untuk memasuki pertandingan Terbuka UITM kategori Jemputan. Pihak sekolah
dah bagi green light. Sekarang ni keputusan di tangan awak.”
Jimi memandang guru PJK merangkap
guru penasihat bagi kelab Tae Kwon Do sekolah. Macam seronok je bunyi.
“Emm bolehlah, bolehlah.” Jimi
memberi kata putus.
“Ok. Nanti saya inform dekat dia. By
the way, competition ni 3 minggu dari sekarang. Tarikhnya 24,25,26 Mei ni. Awak
masuk kategori Pro. Awak hitam kan ?”
Jimi hanya mengangguk kosong. Haa
yelah,yelah . Hitam. Balck-belt.
“Aksesori semua awak ada kan,
pelindung gigi, arm guard, leg guard, private guard kan ?” Guru PJK masih lagi
bertanya.
Aaaa…a..da, ada,ada. Jimi mengingat
kembali. Ada. Semua ada. Kecuali..
“Vest tu memanglah awak tak ada. Itu
admin yang sediakan. Ok. Itu sahaja. Nanti borang keluar nanti semua saya
sediakan. Awak cuma perlu training hard je, okay ?”
O..kay. Jimi menjawab dalam hati
sambil dia mengangguk.
“Ahh lagi satu. Sir suruh awak datang
latihan malam dekat UITM. Tempatnya awak cari je pusat kesihatan, belakangnya.”
Guru tersebut menambah.
Jimi mencongak dalam kepala. Latihan
malam ? Emmm.. layan la. Bukan tak pernah buat. Selalu je.
“Ada apa-apa nak tanya ?”
“Bayaran?” Takkanlah free kut. Kalau
betul memang heaven.
“Aaahhhh nasib baik awak tanya. Saya
pun tak ingat pasal fees dia. Awak kategori pro kan, kena bayar RM45.”
Pn.Nazirah menyelak helaian kertas ditangannya.
RM45.. bolehlah tu. “Latihan
malamnya setiap hari apa cikgu ?” Cikgu ni, benda penting macam ni selalu lupa
nak sebut.
“Ohh itu pun saya lupa nak bagitahu.
Setiap hari Ahad, Selasa,Rabu dan Jumaat. Mula dari pukul 8-10.30 malam. Ok?”
“Ok ok.” Macam tak biasa. Jimi
menambah dalam hati.
“Ok. Kalau tak ada apa-apa lagi, dah
boleh balik kelas. Apa-apa hal nanti, call saya atau Sir eh ?” Pn. Nazirah
menyoal untuk kesekian kalinya.
“Ok ok.” Jimi hanya menjawab ikut
protokol.
“Ok. Dah boleh balik kelas.”
Pn.Nazirah senyum memandang Jimi yang hanya berdiri di depannya. Dah macam
tapai dah muka. Mamai semacam.
“Ok. Terima kasih cikgu.” Jimi
menjawab lemau sambil melangkah keluar dari staff room. Duduk dalam bilik yang
ber-aircond macam nilah jadinya. Jimi melangkah ke kelasnya.
Pintu kelas diketuk sekilas sebelum
melangkah masuk. Dia kembali duduk di kerusinya.
“Cikgu nak apa tadi ?” Suara Zahra
berbisik keras dibelakang. Tu tak lain tak bukan nak menyoal la tu.
Jimi menolak sedikit kerusinya ke
belakang berhampiran dengan meja Zahra. Cikgu yang masih menulis nota Geografi
di white board dikerling. Nak memastikan dia tidak memandang ke arah sini.
“Pasal pertandingan tae kwon do terbuka UITM.”
“Ohhh. Taegeuk ke sparring ?” Zahra
menyoal lagi.
“Sparring lah. Aku mana reti sangat
taegeuk.” Jimi menjawab geram. Macamlah dia tak tahu aku ni fail nak bagi
langkah taegeuk aku kemas , tegap gala bagai. Takat buat cincai-cincai nak bagi
lulus masa gredding bolehlah. Ini kalau nak dibuat modal nak masuk pertandingan
sah-sahlah kalah tanpa bertanding. Ingat senang ke ? Susah tahu !
Zahra hanya tersengih cover. “Habis
bila competitionnya ?”
“3 minggu dari sekarang.” Jimi
membuat sign 3.
“Dekat mana ?”
Jimi tepuk dahi. Allah ! Lupa nak
tanya ! Adehhh. Macam manalah tak terfikir nak tanya tadi. Cikgu ni pun satu.
Kenapa lah tak bagi tahu semua detail pasal competition tu.
“Najmi Firdaus ! Alisha Zahra !
Dah-dah la tu bergosip. Cepat salin nota ni sebelum saya padam.” Suara Encik
Khuzairy meletup.
Jimi berpaling ke depan semula. Mana
ada bergosip ! Suka jiwa je menuduh. Itulah lelaki. Terkumat-kamit mulutnya
sambil mencapai pen menyambung kembali notanya yang tergantung.