BAB 2
Bak
hang ! Mengah ! Jimi mengelap peluh yang jatuh menitis di dagunya dengan
belakang tangan. Sebelah tangan lagi menongkat badan ke lutut. Baru 10
pusingan. Nak menghabiskan lagi 10 pusingan. Huihhh ! Esok sekolah. Homework
tak siap lagi. Badan ditegakkan. Kepala mencongak homework yang menggunung.
Maths, Sejarah, Sains, PAI. Hailaaa ! Menggunungnya !! Baiklah aku habiskan
larian. Cepat siap. Jimi meneruskan larian mengelilingi pusat kesihatan UITM.
Ada lah dalam 200 meter sekali pusing. Darab lah dengan 20. Mau dekat 4
kilometer satu malam. Darab dengan 12 kali latihan. 36 kilometer net. Tak masuk
lagi latihan mingguan dekat sekolah. Hailaaa. Boleh jadi jaguh marathon aku tak
lama lagi.
Nak tak nak kena jugak la lari.
Kalau tak, mana aku nak korek segala stamina, stability, kelenturan, power,
gala bagai tu. Larian antara yang paling berkesan selain latihan squad dan
latihan selain latihan daya tahan. Nak bagi otot quadriceps dan otot kura-kura
kaki kuat. Baru melayang kalau nak tendang opponents. Ini lemau semacam macam
mana nak bagi point ? Silap-silap aku yang melayang kena kick dengan pihak
lawan.
“Dah berapa pusingan ?” Sir Azli
tiba-tiba berlari beriringan di sebelahnya.
“Nak masuk 11.” Jimi menyedut udara
dengan nostril dan melepaskan melalui mulut. Dilakukan dengan teratur bagi
mengelakkan mengah yang melampau.
Headphone Sony dibetulkan duduknya bagi mengelakkan dari terjatuh. Peee
kalau jatuh naya weh ! Bukan murah !
“Good.” Orang lain ada yang baru nak
masuk 7 atau 8 pusingan.
“Laju lagi Jimi !!” Syafiq tiba-tiba
bersaing dengannya.
“Shut up.” Jimi menjawab dibawah
nafas. Bukan sekarang nak bertekak dengan kau. Ada jugak batu ni aku sepak ke
muka kau nanti. Elok-elok adrenalin aku tengah mencanak naik, kau nak
menambahkan hormone tak bagus pulak dalam aku punya proses berlari ni.
“Alaaa Jimi. Kita borak-boraklah
sambil berlari ni. Dapat jugak meningkatkan stamina. Macam yang group k-pop
selalu buat. Tapi dia orang menyanyi. Kita berborak.” Syafiq tak habis lagi
ucapan dia rupanya. Jimi menguatkan
volume mp3nya. Bising betul mamat ni ! Terus lariannya dilajukan.
“Eh, lajunya lari . Nak ke mana tu
?” Syafiq sudah menjerit.
“Ke syurga !” Jimi membalas. Nak
sangat.
Syafiq dan yang lain-lain tergelak
kuat. Gila poyo budak ni.
“Ke syurga kau, haa. Tak nak ajak ke
?!” Yang lain turut sama menambah.
“Nak ke syurga , kau belok kanan.
Nak ke neraka , kau belok kiri.” Zul menunjuk. Sempat lagi dia melawak
malam-malam buta ni. Yang lain tergelak mendengar.
“Habis kalau terus ?” Ba’I turut
tidak ketinggalan.
“Kau tak nampak ke tu hutan ?” Zul
menepuk belakang kepala Ba’i.
“Sakitlah mangkuk.” Ba’i ketawa.
Melawak pulak dia orang sambil training ni.
Mereka meneruskan larian yang masih
berbaki. Mau kalau tak habis sebelum pukul 10 kena extend masa sampai siap.
Gila ! Siapalah gila nak berlari keliling universiti malam-malam buta ni ?
Jimi berhenti di hadapan dewan
latihan mereka. Fuhhh ! Selesai 20 pusingan dalam masa 45 minit. Ini pun
berlenggang habis. Tangannya ditolak ke atas. Meregangkan tangannya sambil
mengambil nafas.
“Siap dah ?” Sir Azli
menghampirinya.
Jimi mengangguk sambil tersenyum ke
arah jurulatihnya.
“Jom masuk dalam kita buat
stretching. Saya nak bagi special training.” Sir Azli mengangkat keningnya
berkali-kali.
Jimi blur. “Special training ?”
Soalnya sambil mengikuti langkah jurulatihnya.
“Lepas habis tournament ni, saya nak
hantar awak ke Terbuka Korea.” Sir Azli sudah mula meregangkan otot-otot dan
sendinya. Jimi turut mengikut.
“Terbuka Korea ?” Bulat mata Jimi.
Dan jurutlatihnya hanya mengangguk
bersahaja.
“Gila.” Gumamnya perlahan.
“Apa gilanya ? You are desserved for
that. Awak layak. Dan awak ada potensi . Sayang kalau awak tak guna.”
Aku ni memanglah. Nak menolak,
memang bukan style aku. Memang tae kwon do one of my passion selain counter
strike. Tapi.. Terbuka Korea ? Tak ke sikit punya gempak tournament tu ? Paling
tinggi aku pernah pergi aku join pertandingan melalui universiti, tapi
peringkat Asean je la. Ini.. antarabangsa ! Maksud aku.. seluruh dunia !
Tak mustahil aku akan jumpa dan
lawan dengan Denmark, Australia, Vietnam, Myanmar, China, India, Thailand dan
paling tak mustahil Korea. Bak hang ! Terkandas dapat gangsa sebab tumpas
ditangan Thailand. Pergh ! Pakej sekali dapat otot buku lali aku koyak, sekali
dengan jari kaki patah. Memang sedap !
“So , amacam ?” Jurulatihnya tegak
memandangnya.
Jimi tegak dari hidung menyentuh
lutut. Dia mengeluh. “Bila tu, Sir ?”
“Tarikhnya tak pasti lagi tapi dalam
bulan 9 or 10.” Jurulatihnya sudah duduk belunjur sambil jari menyentuh hujung
jari kaki.
Jimi sudah jatuh bahu. Hmmmm.. nak pergi
ke tak eh ? Dah nak final year exam dah masa tu.
Alaa bukan tak boleh tangguh. World
tournament tu ! Satu suara bersuara.
Haah ek. Bukan tak boleh tangguh.
Sengihnya terukir. Tangannya yang sedang mengetuk pipi memandang jurulatihnya.
“On.”
“Bagus.” Jurulatihnya bangun apabila
ahli-ahli yang lain sudah masuk ke dalam dewan latihan. Jimi turut bangun.
Membuka kasutnya dan diletakkan ke tepi. Stokin dibuka. Digumpal dan diletakkan
di dalam mulut kasut sukan.
Syafiq sempat menjeling. Hijau. Lagi.
Dia hanya menggeleng sambil tersenyum kecil. Sox world addicted habisan.
Jimi
meneguk air 100 plus rakus. Haus !! Farhan tiba-tiba duduk disebelahnya.
Jimi tersenyum. “Akak.”
Farhan membalas senyum. “Penat ?”
“Jarang tak.” Jimi tergelak. Sebotol
100 plus aku teguk habis.
“Lama tak datang sini.” Wrist guard
dicabut.
Hee..”Tak ada tournament, buat apa
datang.” Jimi mengangkat bahu.
“Yelah, tapi nanti ada orang
bising.” Farhan menjeling Jimi.
Jimi tergelak. “Akak rindu Jimi ke ?
Laaa agaklah. Ada orang rindu aku rupanya.” Jimi meneguk perlahan 100 plus. Eh
dah habis rupanya. Botol diletak kembali. Lawaklah akak sorang ni.
“So , how’s life ?” Farhan sudah
duduk menghadap Jimi.
“Macam nilah kak. Nak macam mana lagi. Hidup
budak lower form. Happy memanjang.” Mana taknya. Memang seronok pedajal anak
orang kaya dekat sekolah tu. Bukan nak sangat pun barang-barang dia orang tu.
Tak luak langsung-langsung. Tutup mata pun aku tak heran. Nak bagi lesson sikit
dekat dia orang tu jangan jadi hamba duit. Kalau tak , memang seronok la siapa
yang dapat lesson daripada aku. Yang lain tu kira ada yang lut jugak dengan
leeson dia even baru setahun lebih dekat convent tu, tapi still ada juga yang
sampai sekarang tak lut-lut. Si sotong !!
“Untunglah. Tunggulah nanti bila dah
naik upper form, masuk pra-u, masuk u, haaa baru mu tahu bagaimana rasa
seksanya.” Slank Penang dia dah keluar sikit.
Jimi tergelak kecil lagi. “Tahu.
Here’s to never growing up.” Tiba-tiba melalut nyanyi lagu Avril Lavigne. Aiyaaa
!!
Farhan menjeling ke dalam mulut
kasut sukan Jimi. “Hijau lagi ? Still ?” Farhan memandang Jimi sambil
menggeleng dengan sengih dibibir.
Jimi hanya mengangkat bahu. “Dah tu
? Dah habit dari tadika. Nak buat macam mana. Bad habits die hard , sis.”
Farhan hanya menggeleng. Mana
taknya. Satu robok tu je penuh dengan stoking dia yang berwarna hijau. Yang
peliknya kasutnya tak pulak warna hijau. Bila ditanya warna kegemaran,
dicakapnya warna purple. Bila ditanya kenapa stoking je yang melambak warna hijau,
dia cakap kaki dia ni jenis yang suka melayang, menyepak sana sini, panas. Mak
dia suruh dia pakai stoking warna hijau. Sebabnya dia kata, warna hijau tu kira
agen penenang. Kalau dia terasa nak sepak apa-apa, automatic kaki dia akan rasa
sejuk dan tak jadi nak sepak. Farhan yang ketika itu mendengar penjelasan Jimi
berkerut dahi. Ada ke spesis budak macam ni ? Unik betul.
“Ok. Semua. Berkumpul.” Jurulatih
mereka sudah memanggil. Serentak ahli semua bangun menuju ke tengah dewan dan
duduk apabila jurulatih mereka membuat isyarat menyuruh mereka duduk.
“Penat ?” Sir Azli sengaja menyoal.
“Taiduk.” Gumam Jimi. Yang lain
semua tergelak mendengar. Dah keluar dah bahasa inverse dia.
Sir Azli hanya menggeleng kepala.
Ahli yang paling muda, macam tulah jadinya. “Esok saya nak buat latihan
sparring. So, siapa yang ada set guard tu bolehlah bawak. Mana yang tak ada tu
tak apa, saya bagi pinjam.”
“Sir , helmet saya bawak helmet
motor tak boleh ke ? Helmet sir tu bau dia, masya-Allah…” Jimi menggeleng.
“Eh wangi apa. Bau byrlcream. Tak
pun dashing.” Ba’i menyahut.
“Wangi bak hang ! Macam bau santan
kelapa je !” Jimi mencebik. Belum kira dandruff dekat bahagian dalam tu lagi.
Lagi la…
“Kalau awak pakai helmet motor macam
mana awak nak nampak orang ?” Sir Azli menduga.
“Ek eh sir ni. Bukannya saya pakai
yang jenis tinted punya. Pakailah yang jenis clear.” Ish sir aku ni, kut bendul
sangat pun janganlah tunjuk!
“Dah la tu Jimi. Terima je la
hakikat kau kena pakai helmet bekas kepala kita orang.” Zul mencelah.
Kepala otak dia bekas kepala kau !!
Geli tekak den dengar !! “Eeeee kau jangan cakap bekas kepala boleh tak ? Nak
muntah dengar.” D turut mencelah.
“Wehh Ba’i . Pergi ambil pail sana.
Ada orang nak muntah.” Zul menyiku Ba’i disebelahnya.
“Alaaa longkang ada dekat nu ha.
Pergi ajelah muntah.” Mulut Ba’i muncung menunjuk longkang diluar dewan.
“Esok memang aku hempuk dulu helmet
tu kat dahi kau kasi kelemumur ke apa ke dalam helmet tu hilang, Zul.” Jimi
memandang Zul. Kecik besar je aku tengok dia ni.
“Alaa rilek la Jimi. Nak angin
pulak.”
“Heii dah-dah. Jangan nak bertekak
sekarang. Sambung lepas ni.” Sir Azli meleraikan.
Jimi hanya buat muka toya .
“Jadi malam ni saya akan tentukan
sparring partner untuk esok. Syafiq dengan Ba’i…..”
Syafiq dan Ba’i sudah slap hi-five.
“………Zul dengan Izhar…..”