BAB 3
Mouse
dilarikan sambil jari telunjuknya lincah menekan berkali-kali menembak pihak
musuh. Jari kanannya pula mengawal pergerakan dengan alphabat W,A,D. Andd..
yesss terrorist win !! Jimi menjerit apabila CT Forces kalah ditangannya.
Hehehehe. Paparan Counter Strike game dipangkah. Tetingkap Google Chrome dibuka
dan Facebook tab dibuka. News feed facebook-nya dibelek sekilas. Kadang-kadang
dia tergelak membaca status kawan-kawannya. Ada juga dia kadang-kadang menggeleng
baca. Apalah, benda private pun nak share. Malulah sikit ! Ini potong rambut
pendek pun nak diceritanya. Kan aurat tu !
Tiba-tiba pop-up chat muncul.
Keningnya terangkat tinggi. Siapa pulak ni ? Tengok nama memang aku tak kenal
langsung.
Aisar
Firash : Hai
Jimi
Daus : Waalaikumusalam. Sorry saya tak kenal awak. Bye .
Terus di-chat off kan. Tak ada masa aku
nak layan mamat miang macam tu. Laptopnya dihibernate-kan lalu ditutup flip
skrin. Dia baring dikatilnya. Seketika pintu biliknya dibuka.
“Hoi ! Buat apa !” Kakak sulungnya ,
si Najmi Nabila menyergah masuk. Terbaik punya kakak. Main sergah aje !
Jimi hanya diam tidak berkutik
apabila kakaknya sudah mula merayau di dalam biliknya.
“Ini kerja sekolah dah siap belum ?
Main game je tahu.” Dah mula dah…
“Dah.” Jimi menjawab malas. Adoi yai
dia ni la.. mengacau cuti hujung minggu betul. Mentang-mentanglah dia dia dah
habis asasi, seronoklah dia berjimba sambil menunggu keputusan UPU keluar.
Tengoklah nanti bila UPU keluar nanti dia ketawa sebab dapat U gempak atau
ketawa sebab gila meroyan tak dapat U.
“Yela tu dah. Nanti karang malam Sabtu
baru terkial-kial nak buat.”
“Bisinglah dia ni.” Jimi menggumam.
“Bising,bising.” Nabila mengajuk.
Dia duduk dihadapan komputer riba adiknya di meja. Laptop itu dibuka.
Jimi memandang ke arah mejanya
apabila terdengar laptopnya di-on. Buat apa lagilah tu ? Tak keluar-keluar lagi
rupanya. Ada-ada jelah akak sorang ni. Ni belum masuk yang kedua. Lagu haruk
dibuatnya.
Nama adik beradik Jimi memang unik.
Semua pangkal nama mereka ada nama Najmi. Cuma yang peliknya nama dia sendiri.
Najmi Firdaus. Kadang-kadang dia sendiri pelik. Kenapa nama dia nama lelaki ?
Bila ditanya kepada ibunya, ibunya hanya menjawab “Ada je kan orang perempuan
nama Najmi dengan Firdaus.”. Haah memanglah ada. Tapi paling tak pun satu nama
tu ada nama perempuan. Ini tak . Dua-dua nama lelaki ! Nama kakaknya pula nama
Najmi Hanani dan Najmi Nabila. Gila ! Itu belum kira orang salah anggap yang dia
ni lelaki. Bila ibu memperkenalkannya ke saudara jauh dengan nama Najmi
Firdaus, mereka hanya mengangguk. Siap puji lagi tu nama sedap. Bila ditunjuk
empunya nama, tersedak terus mereka walaupun tak minum air.
“Perempuan rupanya. Ingatkan kau ada
seorang anak lelaki.” Pak Cik Yusof berkata.
“Tak adalah. Semua perempuan. Mana
ada lelaki.” Pn.Abda menjawab. Suaminya, Encik Ismail di sebelahnya hanya diam
tidak menyampuk.
“Lawa anak dara kau, Da.
Masing-masing dah besar,ye. Ni yang sulung ni umur berapa ?” Mak Cik Midah
bertanya seloroh.
“Yang sulung ni dah 19. Adiknya 18.
Yang bongsunya tu baru 14.” Pn.Abda menepuk bahu Hanani di kirinya.
“Ohh. Masing-masing ni sekarang
dekat mana belajarnya ?” Mak Cik Midah masih tak habis mengorek.
“Yang sulung tu baru habis Asasi
dekat UM. Yang kedua ni dekat UTP. Yang ketiga dekat Canossian Convent.” Ibunya
menjawab ikut format soalan Mak Cik Midah.
“Pandai-pandai belako anak-anak kamu
ye,Da.” Mak Cik Midah mengangguk-angguk.
Pn.Abda hanya tersenyum. “Biasa je.”
“Wahhh ada movie best. Mana dapat ni
?” Kakaknya sudah teruja apabila melihat movie yang baru sebulan lebih keluar
diwayang sudah berada di dalam hard disk.
“Downloadlah. Jarang jatuh dari
langit.” Jimi menggumam rendah sambil matanya ditala ke siling bilik. Lengannya
diletak di atas dahi. Bosannnn !!
“Mak kau !! Ini kilang stoking ke
apa ??!!” Suara Hanani pecah di dalam bilik itu.
Jimi menoleh malas ke arah Hanani.
“Kau bising apa pasal ? Bukan guna duit kau.”
Maunya tak. Satu port almari tu aje
penuh dengan stoking sox world. Sepasang bukannya murah. Mau dekat RM7-RM8.
Semua hijau pulak tu. Nak jadi katak ke apa budak ni ? Tapi, stokinnya
comel-comel. Hanani mengambil segumpal stoking hijau. Dibuka gumpalan stoking
tersebut. Terus meletus ketawa Hanani apabila gambar Keroro melekat di hujung
jari stoking hijau itu.
Bising betullah minah ni. Jimi
bangun dan menapak keluar. Kau selongkarlah bilik aku tu sampai kau puas. Yang
penting jangan hilang sudah. Kalau aku tahu segumpal stoking aku hilang,
tahulah aku nak cari siapa. Aku siap kira lagi bilangan gumpalan stoking aku
tu. Ada 255 pasang stoking. Hilang satu sampai ke lubang cacing aku cari !
Sayang woi stoking tu !
MAK
!! Ada spotcheck mendadak pulak !! Jimi menelan air liur kasar. Habislah
stoking hijau aku ! Kalau setakat yang dipakai ni tak apalah jugak. Sempat
jugak dia nak mencilok. Masalahnya dia bawa dua pasang stoking hijau di dalam
beg ! Naya wo kalau pengawas cek beg dia ! Mana nak lari ni ? Jimi dah berpeluh
sakan memikir jalan keluar. Dah tak tentu arah dia jadinya.
“Woi ! Yang kau gelabah semacam ni
kenapa ?” Zahra menegur. Macam kucing hilang ikan yang baru dia jumpa. Turun
naik mata Zahra memandang Jimi yang dah tak tentu arah.
“Stokin.” Jimi menjawab rendah. Dia
dah gigit jari. Cepatlah fikir jalan keluar !
“Kenapa dengan stoking kau ?” Zahra
bertanya lagi. Adui Zahra ni. Banyak tanya pulak dia !
“Aku bawak banyak stoking
masalahnya.” Jimi dah garu kepala. Tiba-tiba matanya menangkap papan tanda
Tandas di tepi dewan. Ahaaa ! Dia tiba-tiba memetik jari. Gasaklah pun !
“Aku pergi tandas.” Bisik Jimi. Beg
galas Everlast dibetulkan di bahu. Segera langkahnya mencicit masuk tandas.
“Eh nak ke mana ni ? Masuk barisan
!”
Aduii ada jugak pengawas yang jaga
dekat pintu masuk tandas ! Jimi menggetus dalam hati.
“Saya sakit perut nak pop.” Jimi
mengerutkan muka. “Lagipun saya senggugut ni.” Jimi menambah perisa.
Pengawas itu diam. Budak ni memang
terkenal dengan kes senggugut dia yang mengalahkan orang yang dah nak tercabut
nyawa. “Pergilah sana. Jangan lama-lama.” Pengawas tersebut memberi amaran.
Jimi membuat sign ‘okay’. Segera dia
berlari ke dalam tandas. Dia melepas nafas lega apabila sudah bolos di dalam
tandas. Tiba-tiba dia menepuk dahi. Aduh ! Lupa nak cakap dengan Zahra suruh
panggil dia kalau spotcheck dah habis. Alaa tak apalah. Mesti Zahra akan cari
dia punya. Zahra tu kalau tak nampak batang hidungnya memang meroyan sekejap.
Sibuk dia tanya semua orang Jimi dekat mana.
Jimi membuka zip beg Everlastnya
yang berwarna purple. Fuhhh ! Stokin aku selamat ! Jimi dah tersandar ke
dinding tandas. Ni nak buat apa ni ? Ahhh nasib sempat cilok mp3 tadi. MP3 Sony
yang berwarna cokelat emas itu dikeluarkan. Earphone disumbat di dalam tudung.
Butang start ditekan. Seketika lagu Linkin Park Lost In The Echo bergema.
Yeahhh ! Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak bases lagu tersebut.
Seketika dia larut dalam melodi.
Jimi tersentak terkejut apabila
terdengar pintu tandasnya ditendang-tendang. Malaun manalah ni yang tak ada
adab langsung ni ? Main tendang-tendang. Ketuk tak boleh ke ?
“Woii Jimi ! Berapa lama kau nak
bertapa dalam tandas tu woi ??!!” Zahra sudah menjerit di balik pintu. Tidur ke
apa budak ni aku tendang pintu pun tak ada respons.
Lorhhh Zahra rupanya. Percuma je aku
sumpah dia malaun. “Kejap-kejap !” Jimi menarik flush tandas.Earphone disentap
dan disimpan di dalam beg bersama MP3. Seketika kepalanya terjengul di pintu
tandas.
“Kau bertapa ke apa dalam tandas tu
?” Zahra sudah bercekak pinggang memandang Jimi.
“Haah. Kenapa ?” Jimi menjawab
selamba badak.
“Bak hang kau bertapa ! Kau nak
masuk kelas ke tak nak ni ?”
“Spotcheck dah habis ke belum ?”
Jimi tidak menghiraukan soalan Zahra. Soalan aku ni lagi penting. Maunya tak
dia panggil aku sebab tak nampak muka aku dicek.
“Dah habis 10 minit yang
lalu.Dah-dah jom masuk kelas. Nasib baik lepas ni BM. Kalau tak gasaklah kau
nak menjawab dengan cikgu.” Zahra dah menarik lengan Jimi menuju ke kelas. See
? Kan aku dah kata. Zahra ni kalau sekejap tak nampak muka aku mulalah tu nak
meroyan. Jimi tergelak dalam hati sambil langkahnya laju mengikut langkah
Zahra.
Zahra mengetuk pintu sekilas sebelum
masuk beriringan dengan Jimi. Nasib cikgu tak masuk lagi. Mereka ke tempat
duduk masing-masing.
“Ramai ke yang kantoi tadi ?” Jimi
menyoal sambil meletakkan beg Everlast ke kerusi. Kerusi plastic dipusing ke
belakang menghadap meja Zahra. Budak cina yang duduk disebelahnya dikerling
sekilas. Sibuk baca e-pop. Tak habis-habis dengan k-pop dia !
“Ramailah jugak.” Zahra duduk
membetulkan tudungnya yang serabai semacam.
“Si sotong tu ?”
“Kena. Quitecs tak buang dekat jari
kaki. Sememeh je muka budak tu bila kena paksa dengan cikgu disiplin. Lepas tu
, bila masuk je kelas..”
“Dia renew balik.” Jimi menyambung.
Macam aku tak tahu hobi dan rutin dia. Tu baru quitecs. Belum lagi bab dye
rambut, fesyem rambut berjurai tepi telinga, tindik telinga , beg make up
selori. Nama pun sekolah perempuan, memang adatlah kalau jumpa benda-benda
macam tu dalam beg budak-budak ni. Habis je sekolah, masing-masing berebut
jumpa balik guru disiplin nak tuntut barang rampasan. Konon nak bawak balik
janji takkan bawak lagi. Heh ! Muka masing-masing macam penyangak memang
confirmlah cikgu takkan bagi balik. Siapa yang kaya duit berkoyan tu memang
muka toya berlagak riak habis bila barang-barang haram kena rampas. Hari ini
kena rampas, balik sekolah nanti beli lagi, bawak lagi esok. Rutin budak
sekolah perempuan yang takkan habis. Pulak sekolah tengah bandar. Shopping
complex sekangkang kera je memang mudahlah nak ganti barang rampasan.
Itu kes dalam sekolah. Luar sekolah
? Tak payah cerita. Kalau takat dengar budak-budak ni dok cerita aku tengok
gambar dia dekat pub dengan lelaki mana dalam Insta , memang dia orang tak
heran. Dah lali. Belum masuk bab kes budak terberanak masa exam. Mengadu sakit
perut bagai nak gila, dihantar ke hospital doctor bagitahu ‘student cikgu ni
nak bersalin.’ Mau tak terjojol mata cikgu bila dengar doktor cakap macam tu.
Tengok perut macam biasa, siap boleh pakai seluar jeans lagi. Sekali kau ha
terkeluar baby comel. Hailaa dunia akhir zaman.
“Agak-agaknya macam manalah agaknya
kita bila dah habis sekolah ni nanti ek ?” Zahra tiba-tiba tanya soalan pelik. Angau
ke apa budak ni ?
“Yang kau tanya soalan macam esok
kau nak mati ni kenapa ?” Jimi memandang pelik ke arah Zahra. Dia menongkat
muka dengan sebelah tangan. Kaki kiri diletak diatas lutut kanan. Tak padan
dengan pakai baju kurung!
“Tak adalah. Sedara-sedara aku tu
dok sibuk cakap aku ni nanti jadi lesbian bila keluar sekolah ni. Tak reti
berkawan dengan lelaki.” Zahra mencebik. Apa punya statement lah tu. Habis
budak sekolah lelaki tu tak ada yang gay ke ? Aku berani kerat jarilah kalau
betul tak ada.
Jimi hanya mengetuk meja tanpa
memberi respons. Seketika dia tegak. “Eh, cikgu tak masuk ke ? Zarith !!”
Melingas dia mencari Zarith. Punyalah lama aku dah masuk takkan bayang cikgu
tak nampak langsung ?
Zarith yang sedang berborak
berpaling. “Yee !!” Zarith turut sama menjerit, menyahut.
“Cikgu tak masuk ke weh ?”
“Tak. Cikgu pergi PPD. Ada meeting.”
Hoyahhh ! Jimi kembali berpaling
menghadap Zahra. “Yang kau dengar cakap sedara-sedara kau yang terlebih neuron
tu kenapa ? Habis ayah kau tu bukan lelaki ?” Budak ni punlah, jangan jadi
bendul sangat.
“Zahraaaa !!! Jimiii !!” Wafa yang
sedang melalak menuju ke meja mereka. Terus dia menghimpit di kerusi Zahra.
Terhimpit Zahra dibuatnya. Terus dia bangun. Memberi ruang kepada Wafa untuk
duduk.
“Kau dah kenapa ?” Jimi menyoal. Jimi
ni pun satu. Tak faham emosi orang langsung. Selamba badak tanpa emosi dia
menyoal.
“Rais wehhh ! Dia mintak clash
dengan aku !!” Wafa melalak lagi. Jimi buat muka bosan. Ni rupanya tujuan kau
menyemak dekat sini.
“Baguslah kalau dia mintak clash
dengan kau. Dia dah sedar kut dosa couple dengan kau.” Selamba badak Jimi
bertutur. Zahra mencubit lengan Jimi. Aduh ! Sakit banget ! Bulat mata Zahra
memberi amaran. Mulut !!
“Masalahnya dia mintak clash dengan
aku sebab dia couple dengan budak lainlah ! Dia kata dah sebulan lebih dia
couple dengan budak tu.” Wafa menyembamkan muka ke meja. Tak habis melalak lagi
rupanya budak ni.
“Baru kau tahu dia tu buaya darat.
Dah tu yang kau nak melalak macam laki kau tu mati kenapa ?!” Meja diketuk
kasar. Tersentak Wafa yang ada di depannya.Suara Jimi naik satu oktaf. Serta
merta kelas terbisu terus. “Kau jangan jadi bodoh dummy sangatlah Wafa. Kalau
takat jantan macam tu tinggalkan kau , kau nak melalak macam laki mati, baik
kau yang pergi mati sana. Dia dah rosakkan kau lagi kau nak menangis untuk dia.
Dia tak rugi apalah weh. Untung yang dia dapat adalah. Dia yang sakan berjimba
dengan betina lain kau kat sini menangis depan aku sebab dia.” Memang pantang
aku kalau perempuan menangis sebab lelaki yang belum tentu jadi hak milik.
Wafa mengangkat muka. Dia terdiam
mendengar omongan Jimi. Memang pedas berapi ayat dia. Tegak ke garisan penamat.
Tak ada selok belok. Mukanya disembamkan kembali ke meja. Huwaaaa !! Baru ingat
nak meluahkan perasaan, alih-alih kena tengking!
“Betul cakap Jimi tu Wafa. Belum
tentu budak tu jadi suami kau, kau dah nak melalak menangis macam ni.” Zahra
menyokong kata-kata Jimi. Jimi sudah berpeluk tubuh sambil menyandar ke kerusi.
Turun naik nafasnya menahan marah.
Cinabeng punya Rais ! Dah sakan kau
bergelumang dengan dosa dengan kawan aku, kau main tinggal aje budak tu macam
kau tukar seluar dalam kau tiap-tiap hari. Nanti kau, aku jumpa kau nanti memang
biji mata panda aku bagi !
“Matanglah sikit Wafa. Grow up.
Sia-sia air mata kau tu menangis untuk dia.” Jimi tak habis menambah. Namun
suaranya dikendurkan sedikit. Kelas sebelah belajar. Jangan ada cikgu yang
menjenguk sudah. Keadaan kelas kembali seperti biasa. “Lebih baik kau couple
dengan aku, senang. Tak adanya aku nak sakitkan hati kau.”
“Tak nak aku jadi lesbian !” Hish
biar betul budak ni ! Wafa mengangkat muka memandang Jimi. Tudung dah serabai
habis dengan mata sembab macam tak tidur seminggu.
“Kau meroyan ke apa Jimi ?” Zahra
dah melibas belakang kepalanya.
“Sakitlah pandai.” Jimi menjeling
sambil menggosok belakang kepalanya. “Dah. Sekarang ni, kau lupakan aje jantan
tu. Senang cerita lepas ni kau tak payah couple. Memang balik sekolah ni siap
aku kerjakan mamat tu.” Jimi menyambung rendah. Penumbuk kiri digenggam.
“Eh Jimi. Kau jangan kata kau nak
belasah si Rais tu lepas sekolah ni.” Zahra cuak. Budak ni main ikut kepala dia
aje. Bukan dia kira pandangan orang lain.
“Jimi. Dah la tu Jimi. Jangan buat
kes polis lagi.” Wafa lagi cuak. Kalau betul si Jimi ni nak belasah si Rais tu,
masuk kali ketiga Jimi belasah ex Wafa. Kalau setakat lebam mata sebelah tak
mungkin masuk kes polis. Ni habis patah riuk tulang belulang budak tu
dikerjakan. Paling teruk masuk ICU Hospital Pakar Pantai. Tu pasal masuk kes
polis sebab kawan-kawan si selenga tu buat laporan ada budak perempuan mengamuk
tak tentu pasal. Tapi kes tu ditarik balik oleh ibu bapa budak tu sebab memang
parents budak tu nak bagi pengajaran dekat anak dia yang terlalu menjadi buaya
darat yang ekstrem. Memang seronok si Jimi tu bila tak payah masuk lokap 10
hari. Even dia sakan pun balik rumah habis berbirat badan dia dikerjakan oleh
ayahnya. Mana pernah dibuat orang budak perempuan masuk kes polis sebab belasah
budak sampai masuk ICU! Sampai lembik tak apa lagi ni sampai masuk ICU! I
repeat, ICU! Tapi tu tak bermakna yang
budak si Jimi ni akan insaf lepas kes lepas jadi kes polis. Boleh jadi lagi
teruk ! Itu yang paling dirisaukan Wafa. Harap je pakai stoking hijau yang konon
jadi ejen penenang. Tapi kaki tetap jugak melayang tinggi naik atas kepala anak
teruna orang. Wafa dah menggeleng risau.
“Habis tu kau nak meroyan sampai
bila ?” Jimi bertanya sinis. Tegang air mukanya.
Wafa mengeluh. Dia ketuk kepala.
Salah aku jugak sebab mengadu hal ni dengan Jimi. Patutnya tadi cerita dengan
Zahra je. Boleh pulak lupa yang si Jimi ni ada depan Zahra. Aduhaii !!
“Ok ok. Nanti kita singgah sox world
aku belanja kau stoking baru. Kau nak berapa pasang ?” Wafa cuba berkompromi.
Harap-haraplah menjadi oii !!
Kelihatan Jimi sudah mula relaks.
Jimi memandang Wafa , kecil. “Betul ni ?”
“Betul, betul. Aku janji. Cakap je
berapa pasang kau nak. Aku belikan.” Biarlah kopak sekejap beli sox world
sekilang. Asalkan jangan dia rosakkan anak teruna orang sudah. Mana dia nak
letak muka kalau kawan dia yang belasah ex dia ? Itu tak apa. Lagi kesian
dengan mak bapak si Jimi tu.
“Ok. Kau tipu kau siap.” Kening sebelah
diangkat.