<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4079553257844447145?origin\x3dhttp://eeman-fiqan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Massayu here.

Tuesday, May 27, 2014, 6:21 AM
#Bab 4


BAB 4

“BETUL boleh dibuat ke Jimi ?” Farhan menyoal. Biar betul budak ni ? Tak melangkaui dek akal aku langsung. Nisa, Najwa, Mira, Hazirah, Farisha, Farhan, Ina, dan yang lain-lain memandang Jimi.

            “Bolehlah. Alaa gabung je la taegeuk tu dengan koreograf dari lagu asal tu sendiri. Kalau ada.” Hehehe. Step dance lagu Overdose diperhati di Xperianya. Ok kiri kanan lepas tu step satu langkah ke belakang…..Tangan dan kakinya turut bergerak mengikut apa yang diperhati.

            Farhan hanya memerhati movement Jimi. Hebat betul budak ni ! Tengok terus boleh buat !

            “Kenapa mesti Exo ? Lagu lain tak ada ke ?” Mira menyoal.

            “Lagu dia orang lah yang aku rasa paling masuk kalau nak dibuat taegeuk berirama.” Jimi tak mengangkat muka dari Xperia. Gerakan terus dilakukan.

            “Alaaa lagu Neverland pun rancak apa. Monster.” Yang lain mencelah.

            Jimi mengangkat muka. “Lambat cakap. Aku dah nak siap koreograf dah ni. Lain kali je la.” Xperia diikat kembali ditempat pemegang di lengan kirinya. “Dah jom buat ! Ak rasa boleh jadi havoc ni.” Jimi tersengih sambil bergerak ke tengah dewan latihan yang dilapik dengan karpet getah yang direka khas untuk pertandingan.


“DAEBAKK !!”  Mereka beramai bertepuk tangan setelah melihat taegeuk berirama yang dilakukan oleh Jimi menggunakan lagu Overdose berdasarkan Taegeuk 1,2,3,5 dengan 7. Memang kreatif ! Diselitkan juga koreograf dari step dance lagu Overdose tu sendiri. Berseni sungguh bila tengok si Jimi tu buat. Step dance yang dilakukan mengikut rentak muzik tu sendiri. Mengikut alunan naik turun electronic music yang diperdengarkan. Terbaiklah Jimi !!

            “Taiduk.” Jimi hanya ketawa apabila mereka bertepuk tangan.

            “Kau k-pop fans ke Jimi ?” Farisha menyoal. Tengok gaya macam die hard fans sungguh ! Macam dah biasa aje menari lagu-lagu k-pop ni.

            “Tak adalah. Aku minat lagu je. Orang-orangnya semua fake belako. Tak ori langsung muka.”

            “Heii cakap baik sikit.” Kipas susah mati k-pop sudah bersuara. Jimi hanya tergelak. “Biane, biane. Yang ni kena buat ramai-ramai. Tapi paling ramai pun dalam 7-8 orang.”

            “Korang buat apa ni ?” Syafiq and the geng menghampiri.

            “Ni ha, Jimi buat koreografi taegeuk berirama.” Farhan tolong menjawab.

            “Ohh. Bunyi macam menarik je.” Syafiq menjeling ke arah Jimi. Jimi memandang ke arah lain sambil mulutnya terkumat-kamit.

            “Haah Jimi. Tunjuklah sikit.” Ba’i turut mencelah.

            Jimi memandang mereka sekilas sambil dia menggeleng. “Tak nak.”

            “Peee . Reject terang tang tang kau. Tak apalah Syafiq. Meh kita buat taegeuk berirama kita sendiri.” Ba’i menepuk bahu Syafiq. Syafiq hanya memandang Jimi yang masih mengekalkan muka toyanya.


Dari tadi Syafiq tak habis memandang kumpulan perempuan yang sibuk berlatih taegeuk berirama yang diketuai oleh Najmi Firdaus di hujung kiri bahagian depan dewan.

            Tiba-tiba terasa pipinya dilibas oleh kekura kaki. Terteleng ke kiri terus kepala Syafiq dibuatnya. Aduhhh !! Bangkai!! Sakitlahh !! Syafiq mengerang kesakitan.

            “Yang kau termenung jauh merenung masa depan tu kenapa ? Kan dah dapat sedas daripada aku.” Kekura kaki kanan yang menendang pipi kiri Syafiq digosok sekilas.

            Syafiq hanya menjeling sambil menggosok pipinya yang kebas dek kena sepak dengan Ba’i. Baik punya kawan !

            “Kau tengok apa ?” Ba’i menyorot pandangan mata Syafiq.Ohh dari tadi duk menung rupanya duk tenung anak dara orang rupanya. “Kau … suka dia eh ?” Ba’i menebak.

            Syafiq lipat maut memandang Ba’i disebelahnya. Lama. Kemudian dia memandang kembali kawanan Jimi Daus. Seketika dia mengangguk. “Dia mahal.”

            Ba’i yang turut merenung tempat yang sama mengangguk, mengiyakan kata-kata Syafiq. Sekali pandang tak sangka langsung dia Form 2. Terjaga habis segala tingkah laku dia. Pulak tu budak sekolah perempuan. Biasanya kalau aku jumpa budak sekolah perempuan yang tak cukup akal, tergedik-gedik aje perangai. Duk bergesel dengan abang-abang senior. Almaklumlah dekat sekolah convent mana ada spesis yang bernama lelaki. Bila jumpa dekat luar tu yang jadi jakun.

            Lagi rasa nak potong lidah bila dapat tahu nama dia. Jimi. Bila jurulatih mereka memperkenalkan si Jimi tu dengan format penuh, lagi rasa nak potong lidah. Nama sikit punya unik. Empunya nama tu sendiri pun unik.

            “Kau ni pun dia baru 14. Ngagaklah kau kalau nak dibuat stok calon bini pun. Ba’i menggeleng. Belajar pun tak habis lagi.” Ba’i berseloroh.

            Syafiq tergelak kecil. Ya tak ya juga. “Kadang-kadang aku sendiri mamun ingat dia dah 18. Rupanya 14 lagi.” Dia menggeleng lagi.

            “Bukan kau mamun. Kau berharap dia tu 18. Dah-dah la tu tu berharap. Jangan dok kacau anak dara orang. PMR pun tak lepas lagi tu. Bawak-bawaklah bersabar bang oi.” Ba’i berseloroh lagi.

            “Ahhh kau pun sama je. Cakap orang je lebih.” Syafiq menolak bahu Ba’i.

            “Aku kes lain.” Ba’i membela diri.

            “Yela tu.”

           

TIN air 100 plus dihulur. Jimi mendongak apabila ada tangan yang menghulur dihadapan mukanya. Terus dia memandang kembali Xperianya. Langsung tidak dihiraukan huluran tersebut.

            Syafiq mengeluh. Tin tersebut diletak disebelah Jimi. Kemudian dia duduk. Serentak itu Jimi bangun dan menapak pergi. Maaflah ! Aku tak berminat nak berborak ke nak berkawan dengan kau. Jauh sekali nak duduk sebangku dengan kau. Kirim salam awal-awallah bro ! Meihunya saya berkawan dengan awak.

            Syafiq hanya menyorot langkah kaki Jimi. Seketika dia senyum pedih terukir. How I wish you are 18 Jimi. Seketika dia menangkap warna stoking Jimi. Hijau. Lagi.
           
            Jimi menghampiri jurulatihnya, Sir Azli yang sedang bercakap dengan ahli tae kwon do yang lain.

            “Yes, may I help you, girl ?” Jurulatihnya beralih ke arah Jimi sambil tersenyum.

            Jimi hanya tersengih. Nasib jela sir ni satu-satunya lelaki yang aku boleh kawan. Yang aku boleh percaya. Ayah dia tu infiniti. Dah tak boleh nak ubah kedudukannya.

            “Sir, dah tahu tarikh exact untuk Terbuka Korea ?”

            “Jom ke sana. Saya akan bagi detail untuk pertandingannya kepada teammates yang lain jugak.” Jurulatihnya sudah menuju ke tengah dewan latihan. Jimi menurut.

            Jimi duduk di sebelah Farhan.

            “Ok. Latihan terakhir dah selesai. Ingat dalam 2-3 hari ini jangan buat macam-macam.” Sempat sir menjeling ke arahnya. Nak merli aku la tu !

            “Tapi selepas tournament ini, ada few of you guys yang akan join skuad kebangsaan ke Terbuka Korea. Awak semua akan berkampung di Sekolah Sukan Bukit Jalil selama 3 hari sebelum berlepas ke Korea untuk tournament yang sebenarnya.” Sir Azli meneruskan taklimatnya.

            “Siapa yang akan join Terbuka Korea tu sir ?” Zul menyoal.”

            “Yang akan join Syafiq, Izhar, Ba’i, Zul dan Jimi.” Sir Azli melihat senarai nama di Xperianya. Mereka berslap hi-five apabila nama mereka disebut. Gamat sebentar dewan latihan itu.

            “Perghh kau Jimi. Tak aci seyh kau dapat pergi !” Farhan menolak bahu Jimi.

            Jimi hanya tersengih. Sorry sis ! That’s my rezeki. Tak boleh nak kata apa.

            “Wehh jangan lupa ole-ole kami.” Mira mencelah.

            “Aku nak album Exo.” Najwa turut tak ketinggalan.

            “Buatlah list banyak-banyak benda apa aku kena beli dekat sana. Confirm aku takkan beli punya.” Jimi angkat kening. Bukannya aku pergi vacation pun pergi Korea nu ha. Aku bermain untuk negara tu !

            “Stoking satu luggage jangan lupa bawak sis. Nanti meroyan ayan dekat sana nanti macam mana ? Dah la dekat sana tu sejuk.” Farhan mengingatkan.

            Jimi hanya tersengih. “Ok boss !”

            Syafiq yang hanya melihat dari jauh hanya ketawa. 3 benda yang memang si Jimi tu tak boleh berenggang langsung. Stoking hijau, Xperia dan jam tangannya. Kalau hilang sekejap memang meroyanlah budak tu. Silap-silap habis semua beg orang diselongkarnya nak mencari barangnya yang hilang. Ke mana saja budak ni pergi 3 benda tu memang wajib ada dengan dia. Itu pun si Farhan yang cerita dekat dia. Itupun nasib si Farhan tu cousin si Jimi.

            “Mereka yang dipilih ini dipilih berdasarkan potensi dan prestasi mereka. Bukan main cekau aje.” Sir Azli menambah. “Tarikhnya adalah pada 1,2 dan 3 Oktober.”

            “Yang tu dah ada dekat Korea atau masih lagi ada di Bukit Jalil sir ?” Ba’i menyoal meminta kepastian.

            “Dah ada dekat Korea. Maknanya 28 September tu hari pertama ada di Bukit Jalil. 31 haribulan tu hari bertolak dari sini ke Korea. 1 haribulan tu dah mula tournament.” Sir Azli menjelaskan.

            Jimi mencongak. Final year exam mula minggu kedua Oktober. Nasib !! Habis je tournament terus kena siap-siap nak final exam. Gila kalau tak buat betul-betul mahu itu jadi petanda awal aku lingkup PMR tahun depannya.

            “Ok. Kalau tak ada apa-apa soalan, kita jumpa Selasa ni.” Sir Azli menutup taklimat akhir sebelum pulang.


Jimi menyarung stoking hijau di kaki. Kemudian kasut sukan Nike di sarung. Badan ditegakkan lalu diregangkan otot-otot dan sendi. Bersedia untuk berjogging. Kemudian langkah kakinya mula diayun perlahan mengelilingi taman perumahan.

“Izat ! Sini !” Rais melaung.

            Bola basket dibaling ke arah Rais. Rais menyambut dengan sebelah tangan. Terus dia meluncur laju menuju ke keranjang. Dia berhenti di luar bulatan dan terus membaling ke arah keranjang. Berdesup bola itu berpusing menuruni keranjang tersebut. Bola yang jatuh dicapai sebelah tangan oleh Rais sebelum sempat bola itu melantun ke gelanggang. Dibalingnya bola itu ke arah Syed. Syed yang tengah berangan apa tak sempat menyambut bola tersebut. Elok je bola keranjang tersebut bergolek ke tengah jalan.

            Jimi yang sedang berlari terhenti apabila terasa kakinya tersepak sesuatu. Eh ? Bola basket ? Bola itu diambil dengan sebelah tangan sambil merenung bola tersebut.

            “Cik adik !! Boleh tak tolong paskan bola tu !!”

            Huhhh ?? Jimi mencari empunya suara. Dilihatnya dari basketball court. Dianalisis muka-muka penyangak yang memintanya memberi bola tersebut. Mana boleh main suka-suka bagi ! Maunya tu taktik nak menculik aku. Manalah tahu..

            Tiba-tiba sedang dia menganalisis muka-muka penyangak tersebut, muka Rais turut ada. Terus naik darahnya apabila muka Rais dilihat. Langkahnya diatur laju menuju ke basketball court. Bola basket yang sedang dipegang dengan sebelah tangan dibaling kuat ke arah Rais. tepat mengenai batang hidung Rais memang tak mancung langsung. Menjerit sakan budak tu apabila bola basket menghempuk hidungnya.

            “Hoii !! Kau ni dah gila ke main serang-serang orang ?!” Syed mengherdik gadis dihadapannya.

            Jimi berpeluk tubuh tidak menghiraukan herdikan kawan selenga tu. “Itu lesson pertama bagi kau !” Terus Jimi berpusing dan berlalu pergi.

            Yang lain tercengang. Tapi tidak si Rais. “Kau back up betina sial tu kenapa ?!” Rais memang betul sengaja cari pasal petang tu.

            Langkah Jimi terhenti. Dia segera berpaling. Terangkat sebelah keningnya. “Apa kau cakap ?” Kecil matanya memandang Rais. Dia meluru ke arah Rais dan drastic dia mencengkam kolar baju Rais. Sebelah tangannya memegang batang leher Rais.

            “Apa kau cakap tadi ? Ulang balik.” Suara Jimi keras. Pegangan dileher Rais dicengkam lebih kuat.

            “Dia dah malukan aku depan public kau tahu ! Lagi kau nak back up betina tu apasal ?!!” Suara Rais naik satu not. Sebelah tangan Rais memegang tangan Jimi yang memegang batang lehernya.

            “Yang kau buat main betina yang dah malukan kau tu kenapa bodoh ?!! Dah tahu dia spesis macam tu yang kau still nak couple dengan dia tu kenapa ?!! Dah bodoh lagi nak tunjukkan kebodohan kau tu depan aku ! Memang cinabeng betul kau !” Jimi mengemaskan lagi cengkaman.

            Syed menyentak tangan Jimi dari terus mencengkam batang leher Rais. Naik biru dah muka budak tu dikerjakannya ! Kena cepat-cepat lepaskan si Rais tu, kalau tak mahu jadi kes polis lagi . Terbatuk-batuk budak tu dibuatnya. Leher yang terasa panas diurut. Gila betul minah ni !

             Segera tangan Jimi cuba dikilaskan ke belakang, tapi Syed lupa Jimi lagi handal bab mempertahankan diri. Segera badannya dipusing mengikut arah yang cuba dikilaskan. Satu penumbuk padu dilayangkan ke leher Syed. Keterbelakang budak tu dibuatnya. Jimi berpaling memandang Rais. “This is the very last warning I give you before I really drag you to the hell.” Kecil matanya memandang Rais. Terus dia berlalu pergi.
           

BISING Xperianya menjerit segera dicapai. Kepala yang masih basah digosok dengan tuala yang masih tersangkut dileher.

            Wafa ? Apahal telefon maghrib-maghrib ni ? Butang hijau ditolak. “Helo ?”

            “Jimi !!” Telefon dijauhkan. Terdengar esak tangis Wafa dihujung telefon.

            “Kau kenapa ?” Dia duduk dibangku meja belajar.

            “Kau belasah si Rais tu aku yang kena carut kau tahu tak !”

            Jimi terkedu. Apa punya sengkeklah otak mamat tu ? Agaknya dia tak sempat nak carut kat aku dia balas servis dekat Wafa pulak. “Nanti aku blokkan nombor dia dalam kau punya phonebook.” Terus talian dimatikan. Komputer riba dihidupkan. Kemudian telekung dan sejadah dicapai.


“Buka sekarang.”

            Jimi mengeluh berat. Ini semua mesti si sotong tu punya pasal. Pandai kau eh Rais. Guna third party. Coward ! Nak tak nak stoking hijau yang tersarung dicabut dan dimasukkan ke dalam plastik hitam.

            “Lain kali ikut peraturan sekolah. Senang.” Terus Pn.Hidayah berlalu.

            Hati Jimi berdongkol. Boleh pulak masa nak pergi lab ni dia nak rampas-rampas barang. Tak faham betul aku. Siap kau sotong ! Nanti kau !

Pintu bilik staff room dibuka. Gelap. Lengang. Bagus. Mudah plan aku. Segera langkahnya diatur ke salah satu meja yang sudah dikenal pasti kedudukan plastik hitam tersebut. Kerusi ditolak ke belakang. Badannya dibongkok sambil tangannya teraba-raba beg plastik hitam. Apabila terasa jarinya tersentuh sesuatu, segera dicapai keluar. Dia mencangkung. Digalinya isi plastik hitam itu.

            Mananya lahai stokingku itu?? Dengan hanya meminjam cahaya dari luar, dia terus menggali isi plastik hitam tersebut.

            Haaa jumpa pun! Wohooo !! Stoking diseluk masuk ke dalam poket seluar. Seketika dia terpandangkan beg make up Gucci di dalam plastik hitam tersebut. Keningnya terangkat. Itu mesti hak milik si sotong tu. Beg make up itu dicapai dan tunggang balikkan isi di dalamnya. Sengaja disepah-sepahkan di bawah meja. Kemudian segera platik hitam itu direnyuk kembali dan diletakkan kembali di bawah meja. Dia bangun dan kerusi disorongkan kembali. Segera dia berlari menuju ke pintu. Mission accomplished !!


JIMI menahan kerut di dahi. Ya Allah ! Kenapa hari ni ?! Kenapa mesti hari aku nak pergi tournament ?!! Erghhh !! Dia menekan perutnya sambil dia bongkok di kerusi di dalam bas.

            “Jimi ! Kau ok tak ni ?!” Farhan dah cuak. Janganlah senggugut dia datang time ni !

            Jimi menggeleng lemah. Dia memandang hujung kasut Conversenya. Allah ! Sakitnya !! Setitik dua air matanya jatuh mengenai hujung kasut.

            Farhan cuba menegakkan badan Jimi tapi sengaja dikeraskan. Sakitlah kak oi !

            Farhan menggaru dahi. Ini dah parah ! Terus dia bangun menuju ke tempat duduk jurulatihnya.

            “Sir! Ada hot pack tak ?” Cemas Farhan bertanya.

            Sir Azli yang sedang enak membaca Gempak tersentak apabila Farhan menerpa ke arahnya.

            “Eh kenapa ?” Lagi berkerut muka Sir Azli apabila melihat kerutan di dahi Farhan.

            “Jimi! Dia senggugut!”

            “Laaa. Bagilah dia makan Panadol Menstrual.” Ujarnya sambil berlalu menuju ke sit belakang.

            “Mana maunya dia nak makan. Sia-sia je bagi. Nanti habis dibalingnya keluar.” Farhan membebel. Memang pun ! Suruh makan tak nak ! Tapi menjerit mengadu sakit bagai nak gila! Tak faham aku !

            “Jimi ! Jimi !” Sir Azli menggoncang bahu Jimi yang sudah membongkok. Satu bas havoc dengan kejadian itu.

            Jimi mengangkat muka. Lemah sungguh dia kala itu. Sir nak apa ? Raut wajahnya seolah-olah bertanya.

            “Awak ok tak ?” Sir Azli bertanya cemas apabila melihat Jimi sudah meleleh. Sakit sangat ke ? Ahh lelaki takkan pernah tahu dan faham !

            “Nampak ok ke saya sekarang ni ?” Jimi bertanya balik. Soalan fail logik betul !

            “Sir, kalau sir nak tunjuk sikap prihatin, bagi dia hot pack. Soalan sir tu takkan membantu dia sekarang ni masalahnya.” Farhan menggesa. Lahai jurutlatih aku ni pun. Takkan lah bini dia tak pernah beranak kut ! Anak dah dua orang !

            “Hotpack,hotpack..”Sir Azli menggumam perlahan. Rasanya ada kut dalam emergency kit.” Sir Azli berlalu ke hadapan.

            “Bagi dia sapu minyak balm ni dulu. Balm ni panas. Boleh kut kurangkan rasa sakit tu. Air-cond dekat tempat dia matikan.” Syafiq menghulur minyak balm kepada Farhan.

            Farhan memandang Syafiq dan minyak balm silih berganti. Pelik mukanya.

            “Apahal kau buat muka macam tu ? Dah cepat sapu balm ni ! Aku pun ada kakak ada adik perempuan lah. Haishh.” Syafiq mendengus. Ingat aku tak belajar Bio ke ?

            Farhan mengambil minyak balm dari tangan Syafiq. Segera penutup botol itu dibuka. Dia duduk di sebelah Jimi. Seketika dia berpaling ke belakang. “Korang jangan nak duk intai eh. Lelaki semua ke depan. Mira ! Najwa ! D ! Nisa ! Tolong cover port ni ! Jangan bagi mata-mata buaya darat ni tengok !”

            “Ek eleh, kau fikir kita orang ni kemaruk sangat ke nak tengok.” Mereka membebel sambil bergerak ke hadapan manakala yang perempuan bergerak ke belakang.

            “Jimi. Badan tegak. Akak nak sapu ubat ni.” Pujuk Farhan lembut.







SYAFIQ menghulur sepapan Panadol Menstrual. Berkerut dahi Farhan memandangnya.

            “Apahal bagi ni ?”

            “Suruh dia makanlah. Nak bagi kurang rasa sakit tu.Ambil ni.” Syafiq menggesa.

            Heh. “Kau fikir dia nak makan ke ? Baiklah kau simpan bagi kakak ke adik kau makan sebelum dia buang ke luar tingkap.” Sinis dia menjawab.

            Aik ? Gitu sekali ? “Kenapa ? Kan ni nak bagi tahan sakit.”

            Farhan mengeluh. “Kan dia cakap dia tak nak. Berapa kali aku nak ca…” Farhan yang tak habis cakap terus mengejar Jimi yang sedang meluru ke tandas sambil menekup mulut. Kalau kes dah muntah-muntah, ini memang dah parah!

            Jimi berkumur membersihkan mulut dari sisa muntah. Seketika dia memejamkan matanya. Allah peritnya !!

            “Jimi ! Jimi ok tak ni ?” Farhan risau. Diusapnya belakang badan Jimi. Lemau betul badan budak ni. Macam betul-betul baru lepas bersalin je gamaknya.

            Jimi menggeleng. Mulut dikesat dengan lengan baju. Dia menapak keluar menuju ke bas.

            “Eh Jimi kau ok tak ?” Syafiq menghampirinya.

            Jimi memandang lemah ke arah Syafiq. “Nampak aku macam baru balik dari marathon ke ?” Tak nampak ke muka aku dah macam ikan yang tak cukup oksigen ni!

            “Makan ni.” Syafiq mengunjukkan sepapan Panadol Menstrual.

            Jimi ketawa sinis. “Tak payah. Terima kasih jelah.” Terus Jimi angkat kaki.

            “Yang kau degil sangat tak nak makan ni kenapa ?” Syafiq masih enggan melepaskannya.

            “Yang degil sangat nak suruh aku makan ni kenapa ? Aku dah cakap aku tak nak kan.” Heii budak ni! Dahlah aku tak sihat, lagi nak diajaknya bergaduh!

            “Apa pasal kau tak nak makan ?”

            “Kau nak tengok aku sedut heroin ke masa aku bersalin nanti ?” Kecil matanya memandang Syafiq. Terus dia berlalu longlai menuju ke bas. Farhan membantunya berjalan.

            Syafiq terkedu.

            Xperianya menjerit minta diangkat. Jimi meraba poket sweaternya mencari. Dicapainya lalu terus dijawab tanpa melihat si pemanggil.

            “Helo.” Lemah suaranya menjawab.

            “Jimi ! Apa kau dah buat dengan si May tu ??!!” Suara Wafa pecah dihujung talian.

            Berkerut dahi Jimi memikir soalan Wafa. Huhh ? Aku tengah mamun ni boleh dia tanya soalan peringkat STPM ? “Buat apa ?”

            “Kau tanya aku balik ? Habis apa pasal pagi tadi dia kena panggil dengan Cikgu Hidayah lepas tu dia dituduh menyelongkar barang-barang rampasan dekat bilik guru ? Balik je kelas habis mengamuk sakan dia.” Nada suara Wafa masih tak turun-turun.


            Apabila Wafa menyebut pasal barang rampasan seketika terus dia tersengih jahat. Walaupun sikit. Tengah keadaan dia macam sotong hilang air pun sempat lagi tersengih jahat. “Manalah aku tahu kau ni. Bukannya aku ada ditempat kejadian pun.” Lemah dia menjawab. Fail logik betul minah sorang ni. “Dahlah kau ni, nanti-nantilah cerita. Aku penat ni. Bye. Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Hari ni memang dia sakit jiwa betul ! Itupun nak kecoh. Apalah.