<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4079553257844447145?origin\x3dhttp://eeman-fiqan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Massayu here.

Tuesday, May 27, 2014, 6:22 AM
#Bab 5


BAB 5

JIMI hanya menala pandangannya ke tengah gelanggang sparring sambil mulutnya terkumat-kamit menyanyi lagu dari headphone-nya. Lagu Linkin Park Powerless sedang menjerit disebalik headphone Sony. Matanya tak lepas memerhatikan perlawanan antara UITM Shah Alam dan UITM SriIskandar. Kategori 46-50 kg lelaki pro. Hmmm boleh tahan rancak!

            Dia menilik jam ditangan. Ada lagi satu jam sebelum gilirannya beraksi. Dia bangun dari kerusi.

“WEH ! Jimi mana Jimi ?” Syafiq bertanya kepada Farhan. Sibuk bebeno dia gamaknya mencari anak-anak buahnya. Almaklumlah, ketua pasukanlah katakan.

Farhan yang sedang membuka kasut turut melingas mencari kelibat Jimi. Mananya lahai budak ni dah lesap ? Tak padan dengan sakit langsung!

            “Tu ha!” Ba’i menunjuk ke arah Jimi yang sedang lenggang berjalan menuju ke arah kelompok mereka sambil membawa beg sukan yang tersangkut di bahu kiri dengan headphone Sony-nya.

            “Weh mangkuk ! Tak tahu ke lepas ni turn kau ?” Ba’i ni pun , belum apa-apa lagi dah bagi aku mangkuk bermangkuk-mangkuk siap-siap.

            Syafiq meluku Ba’i. Mencerun matanya memandang. Bahasa!!

            Jimi hanya tersengih dipinggir bibir. “Bagilah salam dulu kalau ya pun. Mangkuk,mangkuk, kau tu mangkuk ayun ayan. Sedap je cakap aku ni mangkuk.” Jimi meletak beg sukannya ke lantai sambil dia membuka kasut Nike-nya. Stokin hijau, macam biasa dilucut dari kaki dan digumpal masuk ke dalam mulut kasut. Dia sudah memulakan sesi regangan.

            Ba’i hanya mencebik. Dia duduk di bangku memerhatikan perlawanan yang hanya berbaki lagi setengah minit.

            “Kau…ok ke tak ni ?” Syafiq bertanya cuak. Manalah tahu kut-kut tiba-tiba pengsan tengah gelanggang. Mana gaya nak dibuatnya ? Takkan nak dukung budak ni ? Belum sempat pun aku nak sentuh dah dibalingnya aku jauh-jauh.

            Jimi menoleh ke arah Syafiq. Keningnya terangkat sebelah. “Taiduk. Kalau aku tak sihat tak adanya aku berdiri depan kau, ready untuk next match.” Sinis dia menjawab. Aku tak lemah macam yang kau sangkalah , bro ! Jimi mencebik dalam hati. Paling tak pun aku ni tak lah lembik macam si sotong tu. Terliuk-lentok macam tak ada tulang belakang. Kadang-kadang aku sendiri kesian tengok dia jalan.

            O..key. Syafiq menjawab dalam hati. Farhan yang hanya memerhati hanya menjeling Syafiq dengan hujung mata. Siapa suruh tanya soalan fail logik akal ? Kan dah kena sedas!

            “Okay good luck kepada siapa yang ada match lepas ni!” Sir Azli memberi tepukan semangat. Dia menepuk-nepuk bahu Jimi. “Pastikan emas.” Dia berbisik rendah di telinga Jimi.

            Jimi buat muka yakin habisan. “Okeh! No hal!”



“BAK hang ! Mengah aku ! Jimi berdiri tegak sambil memandang opponent yang sudah rebah dan sambil cuba untuk bangun kembali. Liat kau eh! Tunggu! Jimi menunggu pihak lawannya stabil kembali sebelum dia melayangkan flying back thrust tepat ke kepala pihak lawan. Sekali lagi dia rebah menyembah lantai gelanggang.

            Jimi membertulkan helmetnya. Come on beb ! Bangun !! Jimi sudah bersedia for the next shot. Sempat lagi dia menjeling papan kiraan masa elektronik yang tergantung di tepi dewan. Ada lagi 15 saat. Pointnya sudah mencecah 5. Cepatlah bangun !

            Pihak lawan akhirnya bangun dan cuba untuk membalas servis. Namun, sekian terima kasih apabila Jimi sudah membuka langkah untuk membuat tendangn 360. Yahooo !! Menangg !! Spontan dia melakukan sujud syukur di tengah gelanggang ! Dia dah tak peduli dah reff yang dok terpacak di tengah gelanggang. Terus dia berlari ke arah kumpulannya.

            “Akak !! Jimi menang !” Terus Jimi melulu ke arah Farhan. Spontan dia memeluknya. Yela. Takkan nak peluk sir pulak. Mau menangis tak berlagu bini dia nanti!

            Farhan meleraikan pelukan. “Tahniahh !! Daebakk la cara kau ending sparring match tadi Jimi! Gempak habis !”

            Jimi tersenyum bangga. “Well.. tengoklah kaki siapa kan..” Dah mula nak membajet si Jimi ni.

            “Dah la malas aku nak puji kau lagi. Kerja nak riak je.” Farhan mencebik menjeling Jimi. Riak itu syirik tau! Syirik apa ? Syirik Khafi !

            “Alaaa buruk siku tu nanti baru tahu.” Dia menoleh memandang jurulatihnya. “Sir.” Dia bermain-main dengan keningnya. “Dah dapat emas. So ?”

            “Jom saya belanja awak makan dekat mapley.”

            “Cehhhh ! Ingatkan apalah tadi beria suruh dapatkan gold medal! Porrahhh !”




“INGAT dah hebat sangat ke nak tunjuk pandai hebat tu dekat orang hah ?!” Suara ayahnya memetir.

            Jimi menelan air liur kesat. Dia hanya menekur pandangan ke bawah.

            “Ingatkan dulu dah insaf, rupanya jadi lagi teruk!” Ayahnya melibas belakang badannya dengan tali pinggang. Jimi hanya diam tidak berkutik. Ibunya hanya duduk memerhati di sofa. Almaklumlah. Hati cikgukan kental. Pulak tu dua-duanya cikgu.

            “Amendalah budak ni. Macam tak ada kerja lain agaknya yang nak dibuat.” Si Hanani hanya menyampuk perlahan sambil menggengelengkan kepalanya.

            “Ayah suruh masuk tae kwon do suruh belaja ilmu nak mempertahankan diri, bukan suruh tunjuk samseng! Pergi sekolah ke tak ni ?!” Terus-terusan badannya dilibas. Dah tak kira dah belakang badan. Mana sempat mulut tali pinggang itu mendarat, situlah akan rasa kesan berbirat.

            Jimi hanya membiarkan ayahnya melempiaskan rasa marahnya. Sampai sekarang dia masih tak faham kenapa dia dimasukkan ke sekolah perempuan.

            “Ini dah sampai masuk kes polis ni! Nasib baik mak bapak budak tu batalkan laporan yang anak dia buat! Kalau tak , meringkuklah kau dalam penjara sana!” Suara ayahnya masih lagi memetir pada malam itu.

            Elok aje dia melangkah masuk ke dalam rumah selepas pulang dari tournament Terbuka UITM, terus ayahnya membuka mahkamah diruang tamu itu sebelum sempat dia singgah dibiliknya.
           
            Patutnya tanyalah dulu sebab musabab kenapa aku pergi belasah budak tu. Ini tidak! Main hentam kromo ikut suka jiwa dia je.

            “Pergi masuk bilik sana!” Suara ayahnya kembali memetir diikuti dengan guruh yang berdentum-dentum.

            Terus Jimi bergerak ke biliknya sambil menyeret beg sukannya ke lantai.

            Jimi merebahkan badannya ke katil. Aduh ! Terasa sakit-sakit dibelakang badannya akibat dihentam oleh tali pinggang ayahnya tadi. Dia bangun menegakkan badan. Jersi pasukan ditarik dibahagian belakang lalu dilihat disebalik pantulan cermin. Hmmm boleh tahanlah kesan lebam dia. Sekejap je dah bertukar warna jadi warna purple. Eloklah tu ! Aku pulak memang suka warna purple!

            Bajunya diturunkan kembali. Tuala diambil dari penyangkut dan terus melangkah keluar menuju ke bilik air. Ingin membersihkan badan yang memang terasa melekit akibat peluh. Bagi lega sikit emosi ini bila kena air sejuk. Menurunkan kadar adrenalin yang sedang mencanak naik tak turun-turun. Heh! Yelah tu ! Pandai aku je buat teori Bio sendiri ! Tahu dek Dr.Grey mahu aku disaman 100 juta dollar.

            Xperia-nya menjerit tatkala dia melangkah masuk ke dalam bilik seusai mandi. Jam dinding dikerling sekilas. Siapa pulak yang telefon aku malam-malam ni ? Zahra ? Telefon dicapai dan butang jawab ditolak.

            “Helo.”

            “Helo. Jimi !!”

            “Ye ada apa ?” Dia sudah duduk berlunjur di atas katil bujangnya. Encik Turtle dicapai dan diletak di atas ribanya. Diusapnya perlahan-lahan.

            “Dah balik dah ?”

            “Dah.”

            “Pukul berapa sampai ?”

            “Baju kejap tadi. Ni baru lepas mandi. Kau kenapa tiba-tiba telefon ni ?” Jimi tak dapat nak mengagak tujuan Zahra menelefonnya. Minah ni bukan boleh kira! Kadang-kadang tu pukul 1 pagi dia telefon. Alasan, bosan ! Kejadahnya ! Kut ya pun berkoyan kredit tu janganlah sampai membazirkan top up buat benda tak berfaedah.

            “Kau tahu tak si Rais tu buat aduan polis ?” Zahra merendahkan suaranya.

            “Hmm. Tahu. Sebab dia jugaklah badan aku berbirat kena dengan ayah aku tadi.” Jimi menjawab malas. Bahunya yang terasa lenguh diurut dengan sebelah tangan.

            “Gila seh ! Habis kau ok tak ni ?” Risau Zahra dibuatnya. Tapi salah si Jimi juga. Siapa suruh dia cari pasal tak tentu pasal ikut angin kepala dia ?

            “Kalau aku tak ok, aku takkan jawab call kau Zahra oi. Aku ok je la. Kena libas dengan belt je pun . Hidup aje aku.” Selamba badak dia menjawab. Gaya cakap macam kena libas dengan belt tae kwon do dia aje gaya. Walhal kena libas dengan Bonia!

            “Dah la tu Jimi oi. Bawak-bawaklah pencen dari duk belasah anak teruna orang.” Zahra dah mula masuk gear membebel.

            “Aku memang dah decide. Lantaklah dengan si siapa si Wafa tu nak berkawan. Aku dah cukup jaga dia selama ni dari anasir-anasir tak guna tu. tapi still juga buat perangai yang sama. Aku pun memang dah fed up nak mempertahankan budak tu dari terus dibodohkan oleh pakwe-pakwe bodoh dia tu. Malas aku nak ambil port lagi.”

            Zahra menelan air liur. Ini dah tahap ekstrem. Jimi dah tak mengendahkan Wafa lagi! “Tapi aku tengok si Wafa tu pun macam dah fed up nak pasang-pasang lagi lepas ni. Lepas dia sedar apa yang Rais buat dekat dia hari tu.”

            Dahi Jimi berkerut. “Si Rais tu buat apa ?”

            “Ceritanya mula-mula, dia orang pergi makan dekat kedai kopitiam ni. Lepas tu si Rais ni pulak pergi order Casberg. Mahu tak terjojol mata Wafa tengok si Rais tu selamba badak je minum tin Casberg tu depan mata dia. Menjerit sakan minah tu dekat si Rais. Diambilnya tin tu lepas tu dia baling keluar. Mamat ni pulak terlebih hormon agaknya masa tu pergi tengking si Wafa tu sebab buang tin Casberg dia. Si Wafa tu balas servis balik menjerit buta ke itu arak ?! Haram ! Minum air kencing syaitan rupanya kau syaitan ! Air yang Wafa order tu terus disimbah ke muka si Rais tu. Cemberut habis muka Rais bila dia dimalukan macam tu dekat public. Lepas tu , terus dia jerit minta clash dengan si Wafa. Si Wafa pun kata fine!”

            “Aik ? Habis tu yang dia beria menangis hari tu kenapa ?” Jimi dah pening.

            “Dia ingatkan si Rais tu main-main. Yalah, orang tengah marah, mesti dia orang tarik balik apa yang dia kata. Tup-tup betul. Menangis tak berlagu budak tu.”

            Bodoh betul. Tak berbaloi langsung menangis untuk jantan tak guna macam si Rais tu. “Memang patut pun dia orang tu break, tak adalah menambah dosa.” Aku pulak memang tak layan benda-benda jiwang karat ni.

            “Kau ni Jimi. Ish ish.”

            Jimi mengeluh. “Betul apa. Eh dahlah aku nak rehat ni. Lenguh badan aku tak hilang lagi ni. Aku tidur dulu. Bila-bila nanti sambung. Bye.” Terus talian dimatikan. Lampu bilik ditutup dan terus dia baring mengiring ke kanan. Pedih akibat dihambat tali pinggang tadi masih lagi kuat berbekas. Seketika dia memejamkan matanya. Bilalah kaki aku ni nak sejuk-sejuk agaknya ? Kena tukar warna stoking jadi warna biru ke ? Hmmmm… Gasak kaulah Wafa. Aku dah malas dah nak ambil port pasal hal cintan-cintun kau tu lagi. Kalau kau nak cerita pun ,kau cerita jelah dekat Zahra. Minah tu memang terlebih jambu sikit. Dia lebih memahami daripada aku. Jangan tanya aku. Aku tak faham apa-apa pasal hal-hal perasaan ni. Pulak aku ni feelingless. Matanya mulai memberat. Seketika kemudian dia hanyut dalam mimpi.



“SAKITLAH siak!” Herdik Jimi apabila May tiba-tiba menolak badan Jimi ke dinding. Aduhhh ! Dahlah semalam sakit kena libas dengan Bonia tak hilang lagi. Jadi lagi teruk lebamnya adalah! Lagi nak ditambah sakitnya menolak aku ke dinding.

            “Kau dah aniaya si Rais lepas tu tak cukup lagi kau nak aniaya aku pulak ?! Apa masalah kau hah?!” Drastik May menyentak jatuh tudung si Jimi. Tinggal hanya anak tudung saja yang sudah senget benget dikepalanya. Tudung sekolah sudah jatuh mencium lantai.

            Yang lain hanya mampu menonton dari jauh. 2 meter radius dari tempat kejadian langsung tidak dijejak oleh mereka. Jangan cari pasal kalau tak nak kena hentam tak pasal-pasal!

            Jimi meniup rambutnya yang jatuh menutup matanya. Anak tudung dicabut kasar. Muka tak puas hati ditayang sambil matanya kecil memandang May dihadapannya yang sedang turun naik nafas.

            “Sejak bila kau pandai guna word aniaya tu ? Bukan kau ke yang selalu guna word tu untuk pedajal budak lain ?” Rendah dan sakarstik dia menuturkan. Dia mendekatkan mukanya.

            “Aku bagi kau last warning! Kalau kau cari pasal dengan aku atau Rais, memang aku humban kau masuk lokap!” Berdetap dia menahan suara dicelah gigi.

            “Oh eh? Ok. Kita tengok siapa dulu masuk lokap.” Jimi bermain-main dengan keningnya. Bersahaja dia menuturkan.  Bukan aku tak tahu kerja bawah tanah kau setiap malam pergi mana. Tulah. Lain kali kalau nak mandi tu update sekali dekat Twitter. Tunggu masa je ni aku nak shoot. Tengoklah nanti. Kelihatan May semakin berapi. Mungkin taktiknya nak buat si Jimi tu mengamuk tak menjadi. Alih-alih dia yang mengamuk apabila melihat Jimi yang bersahaja itu.

            “Kau!” May sudah mencekak leher baju kurung si Jimi. Baik punya timing, Pn.Hidayah sedang berdiri kurang dari 2 meter menonton sketsa mereka di hadapan kelas.

            “May!” Memetir suara Pn.Hidayah apabila May sudah mula berkasar.

            May terkejut apabila mendengar suara Pn.Hidayah.Spontan dia melepaskan cengkamannya.

            Jimi yang memang dah tahu keberadaan Pn.Hidayah hanya mengekalkan muka selambanya. Tudung dan anak tudung dilantai dicapai. Sebelah tangannya membetulkan rambutnya yang agak serabai dan membetulkan baju kurungnya yang renyuk dek dicengkam kuat oleh si sotong itu tadi. Dikira tak ada tulang sebab terliuk lentok tapi bila kena cengkam boleh tahan kuat dia.

            “Awak berdua! Ikut saya ke bilik HEM!” Tersentak May dibuatnya. Jimi macam biasa, rileks. Dah lali dengan suara yang selalu memetir. Dekat rumah either dekat sekolah.